KG MELAYU SUBANG, 19 Mei 2017 – Yayasan Basmi Kemiskinan telah berkunjung ke kediaman Puan Ruziah bt Hussin untuk menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan. Beliau merupakan ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah pusat tahfiz sejak dua bulan yang lalu. Sebelum ini beliau tidak bekerja dan bergantung harap hanya kepada ihsan seorang anaknya yang bekerja di pusat komputer.

Dengan pendapatan sebagai tukang masak itu, beliau menyara 4 orang anak yang masih bersekolah di samping membayar sewa rumah sebanyak RM450 sebulan. Sebelum ini beliau pernah menerima bantuan zakat untuk sewa rumah tetapi telah dihentikan. Dua orang anak beliau bersekolah di SMK Subang iaitu Wan Sulaiman Wan Shahab dan Nadia Wan Shahab; manakala dua orang lagi bersekolah rendah di SK Jalan U3 iaitu Wan Natasha Wan Shahab dan Wan Ibrahim Wan Shahab.

Sumbangan SKR ini adalah daripada Puan Noraini Ismail dan Hj Mohammad Dit. Puan Ruziah boleh dihubungi di talian 017 211 5068.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;