PUCHONG, 19 Mei 2017 – Yayasan Basmi Kemiskinan telah berkunjung ke rumah Encik Abdul Aziz b Nong Chik di Kg Pasir Baru, Puchong. Beliau dan isteri, Puan Aminah bt Yan berniaga burger di kedai makan berhampiran dan lazimnya mula berniaga dari petang sehingga lewat malam dan pasangan ini bergilir-gilir menjaga gerai mereka.

Pendapatan sebagai penjual burger adalah tidak mewah, malah tidak menentu. Persaingan daripada penjual burger lain di kawasan kejiranan beliau menambahkan rumit namun beliau tidak berputus asa demi sesuap nasi untuk keluarga. Keluarga ini tinggal menyewa di sebuah rumah separa batu yang boleh dianggap serba kekurangan dengan sewa RM 400 sebulan. Encik Abdul Aziz sendiri pernah ditimpa kemalangan jalan raya sehingga menjejaskan sedikit pergerakan beliau di mana kaki beliau dimasukkan besi dan beliau tidak boleh berdiri lama.

Enam daripada tujuh anak beliau masih belajar iaitu Nurul Natasha Abdul Aziz (Kolej Vokasional Teknologi); Muhammad Nilam Shah Abdul Aziz (14 tahun), Nur Nilam Sari Abdul Aziz (12 tahun), Nurul Syafiqah Abdul Aziz (11 tahun), Muhammad Amirul Shah Abdul Aziz (9 tahun) dan Muhammad Aidil Zafuan Abdul Aziz (8 tahun). Seorang anak beliau merupakan lepasan sekolah menengah, Nurul Hidayah Abdul Aziz (17 tahun).

Sumbangan SKR ini adalah daripada Business Associates Consulting. Encik Abdul Aziz boleh dihubungi di talian 017 260 1455.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;