SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di Kelantan menyaksikan enam belas (16) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Mei 2017 dan dibantu oleh Cikgu Che Yahaya Che Harun daripada SMK Penambang dan Ustaz Amarullah Ibrahim. Keluarga yang menerima adalah;

KG BANGGOL, 26 Mei 2017 - Ziarah SKR kami seterusnya ke rumah milik En. Mohammad Talib dan Puan Wan Suraya Wan Omar. Ketua keluarga ini menyara kehidupan 8 orang anaknya dengan menjadi buruh kasar, melakukan kerja kerja membuat rumah di sekitar kawasan PCB.

Isterinya tidak bekerja kerana menjaga keperluan anak-anak yang masih bersekolah iaitu, Muhammad Alif Najmi (16 tahun), Nuraliya Maisara (14 tahun), Adam Al Hafeez (11 tahun) dan Nuralisya Adriana (7 tahun). Hamizul (23 tahun) dan kembarnya Hamizie (23 tahun) masing masing menuntut di UNIMAS dan Terengganu. Manakala 2 anak pasangan ini,Siti Aisyah (21 tahun) dan Siti Anushah (22 tahun) bekerja di gerai makan di KL.

Sumbangan SKR 2017 Business Associates Consulting telah disampaikan oleh Cikgu Che Yahya Che Harun, Penyelaras KUNTUM SMK Penambang. Keluarga ini boleh dihububgi di talian 019-9968724.

KG BANGGOL, 26 Mei 2017 - Pn Fazilah Mahmud,ibu tunggal yang menyara kehidupan 4 orang anaknya yang masih belajar, Maisarah (17 tahun), Munirah (15 tahun) dan Azim (9 tahun). Seorang lagi anak beliau yang kini menyambung pelajaran di UIA, Zulaikha (19 tahun) merupakan pelajar Kuntum tajaan YBK.

Semasa kunjungan kami ke rumahnya, beliau tidak ada di rumah kerana membeli buah buah untuk berniaga colek di bangsal hadapan rumah pada 1 Ramadhan nanti. Itulah rutin kehidupannya sejak kematian suaminya 4 tahun yang lalu, berniaga kecilan di hadapan rumah. Anak-anak dilatih berdikari, agar lebih memudahkan urusan beliau diluar.

Sumbangan SKR 2017 Business Associates Consulting telah disampaikan oleh Cikgu Che Yahya Che Harun,Penyelaras KUNTUM SMK Penambang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 912 2502.

KG PENAMBANG HILIR, 26 Mei 2017 - Kunjungan kami ke teratak Puan Fatimah Idris disambut oleh tangisan bayi bongsunya, Wan Fatin Fatini yang berusia 4 hari. Suaminya, Wan Mariza Wan Mohammad keluar bekerja secara kampung, mengambil upah membuat rumah, demi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Teratak pusaka milik ibu mertuanya inilah menjadi tempat berteduh bagi mereka sekeluarga sejak 2 tahun yang lalu. Ibu mertuanya, Pn Hasnah Latif juga tinggal bersama mereka. 4 anak pasangan ini masih belajar, Wan Nor Fatin Fatihah (16 tahun), Wan Nor Fatin Sahira (14 tahun), Wan Mohd Faiz (12 tahun) dan Wan Mohd Fitri (8 tahun). Manakala Wan Mohd Faisal (5 tahun) menemani beliau dan bayinya yang berusia 4 hari.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom disampaika oleh Cikgu Che Yahya Che Harun,Penyelaras Kuntum SMK Penambang. Keluarga boleh dihubungi di talian 013 931 0631.

KG SG KELADI, 26 Mei 2017 - Berkunjung ke rumah milik En. Wan Ibrahim Wan Hassan dan isterinya, Pn. Che Zaini Che Soh. Tinggal bersama dengan 8 anaknya, di mana 2 darinya, Wan Mahadi (38 tahun) dan Wan Zulhilmi (31 tahun) adalah anak istimewa. 2 lagi anaknya, masih di bangku sskolah iaitu Wan Nur Najwa (17 tahun) dan Wan Muhd Fikri (10 tahun). Manakala 3 anaknya, Wan Nur Suria, Wan Nur Shuhada kini menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi, matrikulasi dan IPTA. Wan Zulhusni (30 tahun) menjadi pembantu masjid di hadapan rumah mereka.

En. Wan Ibrahim adalah pesara KTM dan mendapat pencen sebanyak RM 300 sebulan, tidak mampu menyara keluarga besar mereka. Wan Nur Shuhada 28 tahun, menjadi tulang belakang keluarga menyara kehidupan dengan bekerja sebagai guru PASTI. En. Wan Ibrahim atau lebih dikenali 'Ibrahim pendek' di kampung tersebut, bersyukur kerana rumah yang mereka duduki kini adalah hasil sumbangan orang ramai setelah rumah mereka hangus di jilat api pada ramadhan tahun 2010 yang lalu.

Sepanjang perbualan, kami tak kering gusi dengan senda gura pakcik brahim. Sebelum pulang, Pakcik Ibrahim mengingatkan saya, bila berkelana jangan makan & minum sembarangan, takut menempah khianat orang.

Sumbangan SKR 2017 Business Associates Consulting telah disampaikan oleh Cikgu Che Yahya Che Harun, penyelaras KUNTUM SMK Penambang. Pakcik Ibrahim boleh dihubungi di talian 014-819 6220.

KG SG KELADI, 26 Mei 2017 - Melangkah masuk ke rumah pusaka milik keluarga Puan Ruzima Mohamed, kami di sambut mesra oleh anaknya, Athirah (pelajar tingkatan 4 SMK Penambang). Anak sulungnya, Mohd Asraf (19 tahun) yang dulunya bekerja kini disahkan mengidap penyakit jantung berlubang.

Tanggungjawab keluarga kini dipikul sepenuhnya oleh beliau dengan bekerja sebagai tukang cuci di SK Padang Garong (1). Beliau akan keluar daripada rumah seawal jam 6:15 pagi kerana terpaksa berjalan kaki hampir 1 jam dari rumah di Kg Sg Keladi ke Bandar Kota Bharu. Athirah (16 tahun), Afifah (15 tahun) dan Mohd Arif (12 tahun) tidak pernah mengeluh dek kerana terpaksa berjalan dari rumah ke sekolah, wang saku juga terkadang tidak mampu dibekalkan. Namun doa Rumiza sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan anak-anaknya ke sekolah.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Haji Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Cikgu Che Yahya Che Harun,Penyelaras KUNTUM SMK Penambang.

KG SG KELADI, 26 Mei 2017 - En. Zakaria bin Mohammed bekerja sebagai tukang rumah,kini tidak segagah dulu. Dulunya beliau mampu bekerja seharian suntuk tanpa henti,namun faktor usia dan kesihatan menyebabkan beliau terpaksa akur bekerja sekadar yang mampu. Gaji hari yang diperolehi,tidak cukup menjanjikan makanan yang istimewa untuk anak-anak. Mereka sekeluarga tinggal menyewa dirumah kecil belakang rumah tuan rumah dengan kadar RM 250 sebulan.

Isterinya, Mek Shoh bt Ismail menjadi surirumah sepenuh masa,menjaga seorang anak istimewa pasangan ini, Zulfikri yang berusia 19 tahun. Siti Zulaikha (17 tahun) dan Muhammad Aiman (14 tahun) masih bersekolah di SMK Penambang. 2 lagi anak pasangan ini Muhamad Zulhairi (24 tahun) dan Zulkarnain (22 tahun),masing masing masing menuntut di UITM Puncak Alam dan Kolej Komuniti Kemaman. Menuntut dalam Ijazah Pengajian Sejarah, Zulhairi atau Joe mengakui terpaksa bekerja sambilan, membuat design bunting, banner dan lain-lain bagi menampung kehidupannya di UiTM Kampus Puncak Alam.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Haji Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Cikgu Che Yahya Che Harun,Penyelaras KUNTUM SMK Penambang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian Mek Shoh Ismail (014 840 7862)

PERMATANG SUNGKAI, 27 Mei 2017 - Ziarah SKR 2017 Kelantan melawat ke rumah terakhir, En Zailani Mat Isa dan Tuan Mewati Tuan Jusoh. Rumah dhaif yang diduduki dibuat sendiri secara berperingkat-peringkat menumpang di atas tanah milik bapanya.

Menjaja ikan di sekitar kampung,menjadi rutin ketua keluarga ini bagi menyara hidup isteri dan 4 anaknya, Nur Zalikha (13 tahun), Nik Muhammad Zulhilmi (11 tahun), Nik Muhammad Zaki (8 tahun), Nur Ain Zakirah (4 tahun) dan Muhammad Al Fahmi (1 tahun).

Terkadang tiada ikan untuk dijual, beliau terpaksa melakukan kerja-kerja kampung demi menyediakan hidangan makan malam buat anak dan isterinya. Tiada istilah duduk saja dan tunggu rezeki datang bergolek dalam kamus hidupnya. Biarlah hari hari sajiannya cuma ikan masin, namun tidur anak-anaknya bukan dalam keadaan lapar.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Ust Amarullah bin Ibrahim. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 351 3475.

KG PERMATANG SUNGKAI HULU, 27 Mei 2017 - Melalui ladang rusa dan ladang kambing di sepanjang jalan membawa kami ke rumah En. Zailani Mat Leh. Bekerja menoreh getah bagi mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga.

Beliau dan isteri dikurniakan 5 orang anak,yang semuanya masih belajar, Nurul Afikah (20 tahun) kini menuntut di UTEM, Mohd Afiq (18 tahun) -tingkatan 6, Mohd Akram (17 tahun), Nurul Alyia Natasha (15 tahun), dan Nurul Adela Hafila (10 tahun).

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato'Hj Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Ust Amarullah bin Ibrahim. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 012-9384448.

PERMATANG SUNGKAI, 27 Mei 2017 - En Mohd Sayuti Mohd Nor menyara kehidupan keluarganya dengan menjual buku di sekolah sekolah. Isterinya tidak bekerja kerana menyantuni karenah anak-anak yang masih kecil - Muhammad Danish (13 tahun), Mohd Darwisy Firdaie (7 tahun), Nor Darwisyah Syamsina (4 tahun) dan Nur Dhia Delisha (10 tahun).

Mereka sekeluarga menumpang teduh di rumah ehsan milik jiran. 3 hari lepas, pasangan ini diminta keluar oleh anak tuan rumah, rawan di dalam hati di saat umat Islam akan menghadapi Ramadhan dan Raya, mereka terpaksa mencari rumah yang sesuai untuk disewa di kampung sebelah. Duit yang dikumpul hanya cukup untuk makan, namun kini terpaksa digunakan untuk membayar sewa rumah tersebut.

Mujurlah tuan rumah tersebut datang dan nekad menyuruh keluarga ini terus tinggal dirumah tersebut. Tuan rumah tersebut berhasrat dengan adanya mereka sekeluarga mendudukinya, rumah tersebut tak dimamah usang dan itu berdoa itulah amal kebajikan untuknya yang akan dituai di akhirat kelak.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato'Hj Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Ust Amarullah bin Ibrahim. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019 405 2293.

PASIR PUTIH, 27 Mei 2017 - Kehidupan sebagai seirang petani En Sharul Bakri bin Abdullah tidak mampu menjanjikan kemewahan buat isteri,Pn Faridah Yaacob dan 5 anaknya, Mohd Shafiq Haikal (17 tahun), Nur Hanis (15 tahun), Nur Maisarah (11 tahun), Nur Adilah (9 tahun) dan Mohd Adil Fitri (5 tahun).

Pendapatan mengikut resmi cuaca kadang kala tidak mampu memenuhi setiap permintaan anak-anaknya. Tinggal di rumah pusaka milik keluarga, beliau mengakui pendapatan kini jauh berbeza dengan dulu, namun setiap kudrat yang ada digagahi jua dalam memenuhi keperluan persekolahan anak-anaknya.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Ust Amarullah bin Ibrahim. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014 834 3392.

KG HUTAN BANGGOL, 26 Mei 2017 - Menelusuri kawasan perkuburan Kg Banggol membawa kami kepada pasangan Mohd Irwan Mohd Ghazali dan Azlina Mohd Arifin.

Di sepanjang perbualan, En Mohd Irwan tidak lokek dengan senyuman,tuturnya yang lemah lembut membuatkan 5 adik iparnya tinggal sebumbung dengan beliau. Hamzah (23 tahun), Azharuddin (21 tahun) dan Mohd Azri (20 tahun) masing-masing bekerja sebagai buruh kasar, Mohd Hafizie (17 tahun) dan Nor Shahirah (16 tahun) masih di bawah tanggungan beliau.

Walaupun mengakui beliau sememangnya tidak mampu menyara kehidupan adik adik iparnya, disamping menyara 3 anaknya, Dahlia Humaira (7 tahun), Danisha Hanania (5 tahun) dan Dafinah Husna (2 tahun), namun beliau tekad memberi komitmen semampu mungkin dalam menyara kehidupan mereka semua. Selagi ada tulang empat keratakan saya usahakan untuk menjaga dan membesarkan mereka sejak 8 tahun yang lalu. “Saya harap dapat menumpang senang mereka bila saya sudah tua nanti” ujar Mohd Irwan. Beliau yang menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan bekerja kampung,membuat rumah di Peringat.

Sumbangan SKR 2017 Puan Faridah Yob telah disampaikan oleh Cikgu Che Yahya Che Harun,Penyelaras KUNTUM SMK Penambang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2558 9574.

PASIR PUTIH, 27 Mei 2017 - Keriangan Nurul Aida Azwani ketika menyertai PLKN 13 tahun dulu diragut apabila beliau terjatuh dan disahkan mengalami penyakit saraf. Dan sejak itu bermulah episod suram apabila anak gadis pasangan Mohd Noor Awang dan Halimah bt Awang tidak lagi ceria dan menjalani kehidupan normal seperti anak-anak seusia dengannya.

Sudah jatuh ditimpa tangga,begitulah nasib keluarga ini apabila En Mohd Noor Awang mengalami strok dan tidak mampu lagi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Keterbatasan fizikal beliau dan anaknya, Aida menyebabkan anak yang ke-4 pasangan ini, Karimah yang sudah berumah tangga terpaksa berkorban untuk tinggal sebumbung dengan keluarganya. Karimah kini bekerja sebagai guru KAFA dan menjadi tulang belakang keluarga, menyara kehidupan 8 orang ahli keluarganya.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Ust Amarullah bin Ibrahim. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014 507 1848.

PERMATANG SUNGKAI, 27 Mei 2017 - Dirumah pusaka ibu menetapnya 11 sekeluarga, Mohd Zailani Deraman dan isteri Aminah Ismail tidak menyangka rumah yang dulunya menjadi tempat lahirnya, akan menjadi rumah beliau dan anak-anaknya berteduh.

En Mohd Zailani Deraman bekerja sebagai buruh kampung, pekerjaannya kadang kadang ada, kadang lansung tiada menyukarkan perjalanan hidup 8 anaknya yang masih belajar, 6 daripadanya masih di bangku sekolah, Nur Maizatul Azmira (17 tahun), Nur Maizatul Azma (15 tahun), Mohd Amirul Iqbal (12 tahun), Normaizatul Athirah (10 tahun), Mohd Amirul Hakim (8 tahun) dan Mohd Amirul Firdaus (7 tahun) dan 2 darinya menyambung pelajaran di IPTA, Mohd Arijuddin (21 tahun), Mohd Amirul Hassan (19 tahun).

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Ustaz Amarullah bin Ibrahim.

PASIR PUTIH, 27 Mei 2017 - Kedatangan kami disambut mesra oleh Puan Zaiton Abdul Rahman. Khabar gembira yang diterima dua hari lepas, Nur Zulfiqah (19 tahun) diterima masuk ke UMK kampus Bachok menjadikan kehadiran kami cukup bermakna dalam sisi mencoret kenangan bagi keluarga ini.

Menoreh getah di kebun milik jiran adalah sumber pendapatan utama keluarga ini. Suaminya hari ini keluar menoreh di kebun jiran yang lain bagi mencari rezeki lebih bagi kemasukan anak sulungnya ke universiti nanti. Pn Zaiton tidak mampu bekerja kerana saluran darahnya tersumbat dan beliau sering kali terlantar sakit.

Mujurlah anak-anak sudah boleh diharap menguruskan diri sendiri disamping anak sulungnya yang mampu melakukan kerja kerja rumah apabila beliau terlantar sakit. 3 lagi anak pasangan ini yang masih dibangku sekolah ialah, Nurzulfiza Ayuni (16 tahun), Nurzuliatul Natasya (11 tahun) dan Nurzulaisya Humaira (7 tahun)

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Ust Amarullah bin Ibrahim.

KG PERMATANG SUNGKAI, 27 Mei 2017 - Awal pagi 1 Ramadhan kami berjalan menempuh denai hutan menyampaikan salam penderma dan menziarahi pasangan Zuraidi Deris dan Zuraida Mat Nawi.

Hilai tawa 7 anaknya membuatkan rumah mereka tidak pernah sunyi walaupun terpinggir jauh ke dalam kampung. 4 anaknya masih bersekolah rendah, Mohd Habibullah (11 tahun), Nurul Hanan (9 tahun), Nurul Syuhada (8 tahun) dan Nurul Huda (7 tahun). Muhamad Fakrullah dan Mohd Zikrullah masing masing dihantar bersekolah PASTI disebelah kampung.

Ibunya, Pn Zuraida sabar melayan karenah anak-anaknya yang mula 'berpuasa' pada hari ini. Mendepani kelatah anak kecil membuatkan ibunya sentiasa muda. En Zuraidi Deris bekerja kampung demi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom disampaikan oleh Ust Amarullah bin Ibrahim.

28 Mei 2017 - Kehidupan seorang ibu tunggal dalam membesarkan 4 orang dan menjaga ayah yang uzur tidah semudah yang disangkakan.  Menyara 3 anaknya yang masih bersekolah, Fatin Aibah Bidawi (12 thn), Aiman Haikal (10 thn) dan Nur Rasyidah (8 thn) dengan hanya membuat kerja-kerja kampung.  Oleh kerana pendapatan yang diperolehi tidak menentu dan kadang-kadang tiada lansung, Puan saripah mengambil keputusan belajar menjahit pakaian dengan seorang guru dengan yuran sebanyak RM 5 sehari.

Anak sulung Puan Saripah Setapa , Fatin Adibah Bidawi (12 thn), mempunyai masalah ‘slow learner’ dan ‘hyperactive’ dan bersekolah di SK Kamil 2 memerlukan ‘intensive care’ menyebabkan Puan Saripah perlu bekerja separuh hari dan sekitar kampung tersebut sahaja.  Puan Saripah juga menjaga seorang ayah yang uzur, Setapa bin Semail (70 thn).

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom telah disampaikan oleh Ustaz Amarullah bin Ibrahim.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;