SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di Johor menyaksikan empat (4) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 24 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;

SENGGARANG, 24 Mei 2017 – YBK menziarah keluarga Pn. Halimah bt Halim di Kg Parit Kaseh, Seri Molek. Kesedihan masih menyelubungi keluarga ini lantaran ketua keluarga iaitu suami kepada Pn Halimah pergi menghadap illahi pada 2 minggu yang lalu. Kini Pn Halimah tinggal bersama seorang anak (Ani binti Mohd Wahid) yang menderita sakit buah pinggang yang kini mendapatkan rawatan dialisis 3 kali seminggu. Menantu beliau pula menghidap penyakit Kanser Tulang Tahap 4 dan telah 3 bulan terlantar di Hospital.

Ketika kehadiran kami, Puan Halimah berada dirumah bersama cucu beliau Noriza Atirah binti Roslan (10 tahun) yang ke sekolah dengan menumpang motor jiran. Adik kepada Nurwani Amira (8 tahun) juga bersekolah di tempat yang sama iaitu di Sekolah Kebangsaan Seri Molek, Senggarang.

Penderitaan keluarga ini mendapat perhatian jiran-jiran dan keluarga terdekat yang sesekali menghantar beras dan keperluan harian. Permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan JKM telah ditolak.

Bantuan SKR untuk keluarga ini diterima daripada Syarikat Makhostia Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi melalui Pn Ani bt Mohd Wahid di talian 019 746 1144.

BATU PAHAT, 24 Mei 2017 - Puan Suraya bt Tukimin, ibu tunggal yang tinggal bersama 6 orang anak yang mana 5 darinya masih bersekolah. Menyara kehidupan dengan bantuan SOCSO berjumlah RM500 sebulan dan bantuan dari JKM sebanyak RM400.00.

Diduga dengan kehilangan suami tercinta akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada bulan Januari 2015, Puan Suraya dan salah seorang anak beliau (Mohd Zaki Hanan, 9 tahun, bersekolah di SK Sri Gading) pula menghidap masalah urat saraf yang menganggu penglihatan mereka. Lantaran kos perubatan yang agak besar, keluarga ini tidak mampu membuat cermin mata yang sesuai untuk kegunaan Mohd Zaki Hanan. Kehidupan keluarga ini dibantu oleh anak sulung beliau untuk menghantar ibu dan adiknya ke hospital dan ke sekolah.

Beliau hanya bekerja sambilan di rumah membuat serunding ikan bilis dan kuih siput pedas. 4 orang lagi anak Puan Suraya yang masih bersekolah ialah Mohd Sallehuddin bin Shihamuddin (17 tahun) bersekolah di SMA Segamat, Mohd Iskandar Zulkarnain (14 tahun) bersekolah di SMK Bukit Easter Kota Tinggi (Vokasional), Siti Mariam (5 tahun) Tadika PASTI dan Mohd Adam Firdaus (4 tahun).

Sumbangan SKR untuk keluarga ini diterima daripada Syarikat Makhostia Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi melalui no 017 768 2826

BATU PAHAT, 24 Mei 2017 – Puan Edawati binti Awang, seorang ibu tunggal yang menghidap masalah tulang belakang yang serius. Tinggal di Taman Alamanda, Batu Pahat Johor bersama seorang adik dan 4 orang anak yang mana 3 darinya masih bersekolah manakala anak sulong yang baru tamat SPM 2016 menghidap kanser kalenjar.

Dengan pendapatan yang diterima daripada JKM sebanyak RM400 dan bantuan sara hidup e-kasih sebanyak RM300, beliau membayar sewa rumah sebanyak RM300 dan menggunakan sebaik-baik duit yang ada untuk menyara kehidupan dan berulang ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Sesekali Puan Edawati akan membuat mee goreng untuk dijual disekolah anaknya bagi mendapatkan wang tambahan untuk menampung keperluan hidup mereka.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini diterima daripada Syarikat Makhostia Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi melalui no 012 710 4874.

MINYAK BEKU, 24 Mei 2017 - Mohd Ani bin Khamis dan isteri Pn Aspalela bt Bidin tinggal di Kg.Petani, Jln Minyak Beku bersama 6 orang anak (Siti Sarah -18 tahun, Siti Faranis – 16 tahun , Siti Nur Alia - 13 tahun) masing-masing bersekolah menengah di SMK Said Isa, Bt Pahat manakala yang lain bersekolah rendah di Sek Keb Bandar (Mohd Hafizan Hairi – 12 tahun, Siti Farah Eliana – 9 tahun, dan M.Izwan Haikal-5 tahun) dan ibu kandung yang uzur.

Rumah yang diduduki dibina sendiri atas tanah yang disewa sebanyak RM20 sebulan. En. Mohd Ani pernah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan pergerakan beliau terbatas kerana kaki kanan telah dipasang besi. Disebabkan kekurangan yang ada beliau dinasihatkan oleh doktor untuk tidak membuat kerja-kerja berat. Hanya mampu membantu kerja-kerja di bengkel besi kimpalan abang beliau bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga dan mendapat bantuan anak sekolah dari JKM sebanyak RM350.00 sebulan.

Bantuan SKR untuk keluarga ini diterima daripada Syarikat Makhostia Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi melalui En Mohd Ani bin Khamis di talian 017-7330516.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;