- Hit: 1387
SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di Pulau Pinang dan daerah Sg Petani Kedah menyaksikan tujuhΒ (7) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 23Β Mei 2017 dan dibantu oleh sukarelawan daripada Yayasan Ehsan Permatang Sintok. Keluarga yang menerima adalah;
KEPALA BATAS, 23 Mei 2017 - Sinar Kasih Ramadhan 2017 telah melawat Pn Siti Noraishah Abdullah di Jambatan Merdeka, Kepala Batas. Ibu tunggal anak 2 ini tinggal bersama keluarga angkat sejak kecil lagi. Menjalankan pelbagai aktiviti bagi menambah pendapatan kerana ibu dan ayah angkat kini uzur dan tidak mampu bekerja. Ketika kami hadir Pn Noraishah baru memulakan penternakan ayam bersama rakan sekampung. Tiada dana kewangan yang mampu beliau dikeluarkan bagi projek ternakan ayam ini selain tenaga 4 kerat.
Mempunyai 2 anak yang masih kecil serta ibu dan ayah angkat yang kurang sihat menyebabkan Pn Noraishah bekerja berdekatan dengan tempat tinggalnya. Pendapatan bulanan sekitar RM300 sebulan bagi menampung perbelanjaan sekeluarga.
Sumbangan SKR ini adalah daripada Hajah Faridah Md Ali Rouse. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019-5913703
PULAU PINANG, 23 Mei 2017 β Puan Haslinda Idris merupakan ibu tunggal penerima SKR tahun lalu. Bagi tahun ini, ketika dilawati Pn Haslinda sedang menyelesaikan bahagian mainan plastik daripada kilang. Bagi setiap 25kg bahagian mainan ini upahnya adalah RM2.50.
Setiap hari Pn Haslinda cuba untuk menyelesaikan 100kg untuk mendapat upah RM10. Sukar bagi kami menggambarkan kepayahan untuk mendapatkan sesuap makanan. Pendapatan RM10 ini juga bergantung kepada penghantaran bahagian mainan yang tidak tetap jumlahnya. Sebulan dianggarkan sekitar RM250 sahaja pendapatan melalui kerja-kerja ini.
Keluarga ini mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. 2 orang daripadanya adalah pemegang kad OKU masalah pembelajaran. Pn Haslinda mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang program ini.
Sumbangan SKR ini adalah daripada Makhostia Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 014-499 6835
TELUK AIR TAWAR, 23 Mei 2017 β Menyelusuri pesisir pantai ke Kampung Belat, Teluk Air Tawar. Melawat keluarga Puan Halimah bt Wahab bagi menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan. Ketika arwah suaminya masih ada, Puan Halimah telah mengambil serta menjaga 5 orang anak bukan daripada darah dagingnya sendiri. Anak-anak ini telah kehilangan bapa dan dalam masa yang sama ibunya telah menghadapi masalah mental. Puan Halimah telah menjaga serta memelihara anak-anak ini seperti anaknya sehingga kini. Walaupun kemiskinan serta pelbagai kesulitan hadir dalam hidupnya, doalah yang menjadi kekuatan terakhir.
Bergantung sepenuhnya kepada bantuan Zakat serta JKM sekitar RM900 sebulan, dana inilah yang membantu Muhd Saiful Amirul, Muhd Saiful Akmar, Norazira, Muhd Saiful Izham dan Nurfatin Amira bersekolah. Keluarga ini juga perlu mencari tempat berteduh yang baru kerana tapak kediaman ini perlu dipulangkan kembali kepada pemiliknya.
Sumbangan SKR ini adalah daripada Makhostia Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 014 251 5780.
PENAGA, 23 Mei 2017 - Puan Hasliza bt Che Amat tinggal di Permatang Pak Elong, Penaga. Ibu tunggal ini tinggal menumpang diatas tanah orang lain. Keluarga ini mempunyai 6 orang anak yang masih belajar serta bersekolah. Nur Sabrina, Nur Shuhaida dan Nur Fitrah belajar di UiTM Merbok dan UiTM Bertam manakala Nur Najwa, Nur Fatihah dan Muhammad Amirul masih bersekolah menengah dan rendah.
Pendapatan bulanan RM600.00 melalui aktiviti mengasuh anak jiran. Selain daripada itu aktiviti sampingan seperti membuat kuih adalah bergantung kepada tempahan. Ibu dan bapa Pn Hasliza yang uzur juga turut tinggal bersama.
Sumbangan SKR ini adalah daripada Makhostia Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 016 465 7692.
PERMATANG SINTOK, 23 Mei 2017 β SKR 2017 bersama dengan Yayasan Ehsan Permatang Sintok (YEPS) menyelusuri bebeberapa keluarga bagi menyampaikan amanah penyumbang bagi program SKR ini. Puan Noraziah bt Husin tinggal bersebelahan dengan Masjid Assyakirin Permatang Sintok. Kehilangan suami sebulan yang lalu masih lagi terasa. Arwah suaminya cukup dikenali serta rajin menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sukarela dikampung ini.
Puan Noraziah seorang surirumah sepenuh masa. Dengan 3 orang anak yang masih bersekolah iaitu Mohd Nabil Iman, Nurul Jannah dan Nur Fatihah. Kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan sekitar RM400 melalui mengasuh dan lain-lain. Keluarga ini tinggal sementara dirumah arwah suaminya. Dijangkakan perlu mencari kediaman lain atas beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan.
Sumbangan SKR ini adalah daripada Makhostia Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 012 555 3190.
PADANG SERAI, 23 Mei 2017 β Yayasan Ehsan Permatang Sintok membawa kami ke penerima SKR seterus di Kampung Permatang Tok Dik, Padang Serai Kedah.
Puan Siti Zarita Yusof, ibu tunggal mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. Pendapatan keluarga ini tidak menentu setiap bulan antara RM200 ke RM500 bergantung kepada jahitan yang diterimanya. Bulan ini pendapatan daripada jahitan hanya sekadar mampu membayar pengangkutan anak-anaknya ke sekolah iaitu sekitar RM150.
Rumah yang didiami ini adalah sumbangan pihak zakat yang siap dibina akhir 2016 yang lalu. Jika dilihat daripada segi luarannya tiada sesiapa menyangka keluarga ini cukup perit dalam meneruskan kehidupan harian.
Sumbangan SKR ini adalah daripada Hajah Faridah Md Ali Rouse. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 017 432 2759.
SG PETANI, 23 Mei 2017 β Rumah terakhir yang kami lawati adalah satu keluarga yang tinggal bersebelahan dengan kawasan perumahan Laguna Merbok, Sungai Petani. Jalan masuk utama adalah tanah merah yang berlopak-lopak akibat hujan pada hari sebelumnya.
Semasa kami tiba Pn Rohani Deraman menyambut kami. Suaminya En Hassan Husin tidak lagi mampu mengingat (nyanyuk) dan hanya terbaring.Β Cukup menyedihkan keadaan persekitarannya. Dibelakang rumah ini tinggal keluarga anak perempuan Pn Rohani dan keluarganya. Kedua-dua keluarga ini cukup daif. Saling memerlukan antara satu sama lain ditengah-tengah kawasan yang tidak jauh dari pembangunan.
Makanan Pn Rohani bergantung kepada hasil persekitaran seperti lokan dan ulam-ulam serta sumbangan pihak-pihak yang pernah sampai ke kediamannya. Makanan yang terhidang adalah makanan semalam yang masih boleh dimakan.
Sumbangan SKR ini adalah daripada Hajah Faridah Md Ali Rouse. Keluarga ini boleh dihubungi melalui Yayasan Ehsan Permatang Sintok.