SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di sekitar Sungai Siput Utara dan Sungai Ranggam, Perak menyaksikan enam belas (16) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 22 & 23 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;

SG RANGGAM, 23 Mei 2017 - Walaupun mempunyai rumah sendiri yang masih belum siap sepenuhnya namun En Hamid Mohd Kambali bersama isteri Paridah Ismail menetap bersama 3 orang anak mereka. Rumah yang dibina di tanah ibu dengan bekalan air dan elektrik ditarik daripada rumah ibunya juga. Mereka tinggal di Simpang Tiga Sg Dedap Teluk Intan.

Hasil pendapatan daripada bekerja kampung yang tidak seberapa beliau dibantu oleh 2 orang anak yang telah bekerja, Namun begitu pendapatan yang tidak seberapa membatas anak-anaknya iaitu Nurul Anani dan Mohamad Hakimi membantu ayah mereka menyara keluarga. Adik mereka Nurul Hazwaniza, 15 tahun menerima bantuan zakat kerana mengidap masalah pembelajaran (tidak boleh bercakap dengan sebutan yang betul) dan belajar di SMK Sg Ranggam di Kelas Pendidikan Khas Integrasi.

Sumbangan SKR diterima daripada Juta Inovasi Sdn. Bhd. Mereka boleh dihubungi di talian 013 535 2674.

SG RANGGAM, 23 Mei 2017 - Ziarah SKR terakhir kami di sekitar kawasan Sg Ranggam adalah di rumah adik Nurhidayah yang kehilangan bapa 10 tahun yang lalu manakala ibunya pula menghadap Ilahi 4 tahun yang lalu akibat kanser payu dara. Kecekalan mereka 5 adik beradik mengharungi kehidupan tanpa belaian kasih kedua ibu bapa amat dikagumi.

Mereka meneruskan kehidupan dengan bergantung harap kepada abang yang bekerja sebagai kelindan lori iaitu Mohd Amirul Asraf,20 tahun. Mereka tinggal di rumah peninggalan ayah mereka di Kg Sejagop (rumah PPRT). Mohd Amirul menjadi tulang belakang adik-adiknya untuk meneruskan pelajaran mereka iaitu Shahrazali, Shahrul Rizal, dan Nur Hidayah yang bersekolah di SMK Sg Ranggam.

Mereka mendapat sumbangan SKR dari Juta Inovasi Sdn Bhd dan keluarga ini boleh dihubungi melalui pegawai YBK Pn Alia di talian 0378750036.

SG RANGGAM, 23 Mei 2017 - En Nazmi Ab Rashid mempunyai 7 orang anak dan mengalami sakit usus yang agak serius. Tidak mempunyai pendapatan dan hanya bergantung kepada anak sulung yang bekerja. Isterinya seorang suri rumahtangga. Mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat RM450 sebulan. Menumpang teduh di rumah nenek saudara (rumah pusaka).

6 orang anak masih berrsekolah, Nor Shamimi (UiTM), Nor Nazirah (19 tahun), Siti Halijah (15 tahun), Muhammad Adam Firdaus(12 tahun) dan kembar Muhammad Danial Hakim dan Nur Isma Nazihah (6 tahun).

Sumbangan daripada Juta Inovasi Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 40690626.

SG RANGGAM, 23 Mei 2017 - En Hairul Nizam b. Abd Hadi Kamal mengambil upah di ladang sawit milik majikannya sebagai sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan. Pendapatan hasil sawit yang tidak seberapa sebanyak RM500 sebulan itulah untuk membesarkan 4 orang anaknya yang masih bersekolah. Isterinya bekerja sambilan menjaga anak jiran dengan upah RM200 sebulan. Anak yang sulung, Muhammad Firdaus (18 tahun), Nurul Athirah (16 tahun), Nor Shuhada (15 tahun) dan Muhammad Haikal (12 tahun).

Kesusahan keluarga ini mendapat perhatian dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan bantuan sebanyak RM250 sebulan. Pada asalnya rumah yang diduduki disewa oleh mereka dengan RM200 sebulan tetapi kesusahan hidup mereka sekeluarga menyebabkan tuan rumah yang prihatin ini telah membenarkan mereka menduduki rumah tersebut secara percuma.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 4342723. Sumbangan daripada Emmy Diana Abdullah.

SG RANGGAM, 23 Mei 2017 - Rumah yang didiami 9 ahli keluarga ini hanya mendapat bekalan eletrik dan air yang ditarik dari rumah jirannya yang berdekatan. Shamsul Ariffin Basiran, 51 tahun hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala isterinya Norazlina Sangat hanya seorang suri rumah tangga. Rumah ini disewa dengan kadar RM250 sebulan di Kg Lubuk Keli Permatang Gantung.

Beliau dibantu oleh 3 orang anaknya iaitu Muhd Rashid yang bekerja kampung, Robiatul Adawiyah sebagai pembantu kantin dan Mohd Khairul Ilmi bekerja di kedai makan bagi menampung keperluan mereka sekeluarga di samping memastikan 5 orang adik mereka dapat meneruskan persekolahan. Lima anaknya yang masih bersekolah ialah Siti Nurhidayah, Mohd Asyraf, Ummi Farhana, Nur Fatimah yang bersekolah di SMK Sg.Ranggam manakala Nurul Huda bersekolah di SK Sg. Ranggam.

Keluarga ini mendapat sumbangan SKR dari Sharin Azlan Selamat dan boleh dihubungi melalui talian 0143490128.

SG RANGGAM, 23 Mei 2017 - Rumah seterusnya kami menziarahi rumah Pn Musiah Ismail, 55 tahun di Kg Sejagop. Setelah 2 tahun kehilangan suami tercinta semua tanggungan keluarga digalas dibahu beliau. Semasa ziarah ini beliau tidak dapat hadir bersama disebabkan beliau terpaksa bekerja di kilang roti. Melalui anak beliau adik Noor Natasha, keluarga beliau menumpang di rumah pusaka neneknya. Di rumah inilah Pn. Musiah dan 4 orang anaknya menumpang teduh.

Beliau dengan dibantu oleh seorang anaknya Mohd Safuan yang bekerja kampung menanggung Noor Natasha Amira, Mohd Faizzal dan Mohd Khairul meneruskan persekolahan mereka. Kesusahan keluarga ini mendapat perhatian pihak Baitulmal dengan bantuan sebanyak RM250 sebulan.

Sumbangan SKR ini adalah dari Datin Hajjah Tisah Mohd Taha. Keluarga ini boleh dihubungi melalui 017 473 9784.

SG RANGGAM, 23 Mei 2017 - Ziarah Sinar Kasih Ramadhan diteruskan ke.Sg Ranggam Kota Setia Perak dengan menziarahi keluarga En.Abdul Jalil Kajim. Rombongan kami disambut oleh isterinya Pn Hasnah Ismail, 49 tahun. Abdul Jalil mengalami masalah jantung dan bekerja sebagai tukang kayu. Bagi menampung keperluan keluarga isteri beliau mengambil upah bekerja di kantin sekolah secara sambilan.

Dengan pendapatan yang tidak seberapa beliau terpaksa membayar sewa rumah RM200 sebulan yang didiaminya di Kg Dedap Sg.Ranggam disamping menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah di SMK Sg Ranggam iaitu Nur Raisah dan Siti Hawa manakala Nur Faten Fatiha bersekolah di SK Sg Ranggam.

Sumbangan SKR ini disumbangkan oleh Juta Inovasi Sdn. Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 01140218714.

SG RANGGAM, 23 Mei 2017 - Jelajah Sinar Kasih Ramadhan 2017 diteruskan lagi dari Sg Siput (U) ke Sg Ranggam, Perak menziarahi rumah En Mohd Zaki Abdullah yang mengalami masalah mental. Isterinya Pn Mazeni Ganti mengambil upah menjahit untuk menyara keluarga namun tidak dapat meneruskan lagi pekerjaannya kerana masalah kesihatan.

Mempunyai 4 orang anak dimana dua darinya masih bersekolah. Anaknya Hakim masih lagi menuntut di UiTM manakala adiknya Rahmah Hayati akan mengambil peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini. Hanya bergantung harap pada anak yang kedua, Safwan yang bekerja di bengkel motor untuk menanggung keluarganya. Kakaknya yang sulung Fatin Hamiza mempunyai masalah kesihatan dan masih lagi dalam rawatan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 5286821. Sumbangan daripada Juta Inovasi Sdn Bhd.

SG SIPUT, 22 Mei 2017 - En Aruman Amsiah menampung kehidupan bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu manakala isterinya Pn Yousni Azam bekerja sebagai pekerja am di sekolah dengan pendapatan RM550 sebulan demi menyara 4 orang anak yang masih bersekolah.

Anak yang sulung Muhammad Aziz Haikal (16 tahun), Nurul Nur Syamira (14 tahun), Mohamad Zul Huzairi (11 tahun) dan Mohamad Zul Huzaimi (6 tahun).

Sumbangan daripada Pn Asiah Abu Bakar. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 5570386.

SG SIPUT, 22 Mei 2017 - En Ghazali Wahab mencari hasil kampung untuk dijadikan sumber pendapatan manakala isterinya Pn Aminah Thamilchelvi Abdullah bekerja sebagai Pekerja Am di Kolej Komuniti Sg Siput dengan pendapatan RM800 sebulan.

Kesemua anaknya masih bersekolah dimana yang sulung Khairul Azman masih belajar di IPTA, Muhammad Ikmal (16 tahun) merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan dan banyak memenangi pingat, Muhammad Mustaqim (15 tahun) dan yang bongsu Nur Umairah Syamina (9 tahun).

Sumbangan daripada Cik Suzana Akman Selamat. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 5975387.

SG SIPUT, 22 Mei 2017 - Pn Fatimah Abdullah merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak dimana 4 darinya masih bersekolah. Bagi menampung kehidupan, beliau bekerja sebagai cleaner sekolah demi menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah suaminya meninggal dunia pada Disember 2016.

Anak-anaknya Muhammad Asyraf Badron Hisham (21 tahun) belajar di Politeknik Balik Pulau, Muhammad Azrul (17 tahun), Noor Azreeza(15 tahun), Nur Aqila(setahun).

Sumbangan daripada Pn Asiah Abu Bakar.

SG SIPUT, 22 Mei 2017 - Kematian suami menyebabkan Puan Haleemah Moideen Kutty dan 5 orang anaknya terpaksa berpindah ke Sg Siput dan tinggal di rumah peninggalan ibunya di Kg Sentosa. Puan Haleemah tidak mempunyai pendapatan kerana tidak berapa sihat akibat daripada penyakit kencing manis yang dialaminya membataskan pergerakan beliau.

Kini beliau hanya dibantu oleh anaknya Mohd Firdaus Omar yang bekerja sebagai pembantu kedai di kawasan berdekatan perumahan mereka. Dengan pendapatan yang tidak seberapa beliau menyara 4 orang adiknya yang masih bersekolah iaitu Mohd Nashra 15 tahun, Nor Haliza 18 tahun dan Mohd Shafiq 21 tahun di USAS. Manakala Nur Najihah 14 tahun bersekolah di SMANF.

Sumbangan diterima daripada Permodalan YBK Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 0169290431.

SG SIPUT, 22 Mei 2017 - Dengan rezeki hasil daripada bekerja di kilang ayam di kawasan tersebut En Razali Kameh menyara 7 orang anak dimana 5 daripadanya masih bersekolah. Beliau dibantu oleh anaknya Mohd Khairi Afiq 18 tahun yang turut sama bekerja di kilang tersebut. 

Bagi menampung pendapatan keluarga isterinya Ros Nani Haris bekerja sambilan memasak di tadika berdekatan dengan rumah mereka di Kg Dato Sagor dengan anggaran pendapatan RM400 sebulan. Anak-anak yang bersekolah ialah Nur Jannatul Nabila di universiti, Mohd Khairi Naim di STAMA, Nur Jannatul Shaqila SMA Maahad Nurul Fadzliah, Nur Jannatul Fitri dan Mohd Khairi Al Mubaraq di SK Seroli.

Sumbangan adalah daripada Permodalan YBK Sdn. Bhd. dan keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019 564 2516.

CHEMOR, 22 Mei 2017 - En Ahmad Rasidi Mahyuddin merupakan peniaga kecil-kecilan menjual sayuran dan ulaman di pasar malam. Setiap hari beliau akan mendapatkan bekalan sayuran di Kg Lenggong, Perak bagi menampung kehidupan seharian. Isterinya, Pn Suraini Abu Bakar bekerja sebagai pencuci sambilan dengan pendapatan RM400 sebulan.

Mempunyai 4 orang anak dimana 2 darinya bersekolah menengah. Anak-anaknya terdiri daripada Nurul Fatin Izzati (15 tahun), Ahmad Ikhwan (13 tahun), Ahmad Danish Ikram (5 tahun), Nurul Dhia Arissa (setahun). Sumbangan SKR diterima oleh isterinya.

Sumbangan daripada OUD Asset Management Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014 695 3201.

SG SIPUT, 22 Mei 2017 - Kekangan masa tidak mengizinkan Pegawai YBK bertemu dengan Nur Afendi Mohd Shahrin dan isteri Zurina Yussof yang keluar mencari rezeki dengan menoreh getah di kawasan kampung tersebut. Bagaimanapun YBK sempat bertemu dengan anak beliau Aisyahtul Solehah untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat keluarga mereka.

Dengan pendapatan yang tidak menentu ayah beliau terpaksa menanggung adik beradiknya yang mana 6 orang anaknya masih bersekolah iaitu Ain Najwa di Koleh Kejururawatan, Ain Natasya dan Ainnur Syamimi di UITM, Aisyahtul Solehah di SMA Maahad Nurul Fadzliah, Mohd Imran dan Mohd Haiqal di SMK RLKT Lasah. Keluarga ini mendiami rumah yang disewa di Kg Talang Tengah.

Sumbangan SKR diterima dari Permodalan YBK Sdn. Bhd. oleh adik Aisyatul Solehah mewakili bapa dan ibunya. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 018 572 9015.

SG SIPUT, 22 Mei 2017 - Hilang sudah tempat bergantung, namun kehidupan mesti diteruskan jua. Suratan takdir apabila suami tercinta meninggal dunia akibat serangan jantung kehidupan Halimah Abdul Rahman dan 4 orang anaknya terumbang ambing buat sementara waktu.

Namun mujurlah suami meninggalkan rumah untuk berteduh dari hujan dan panas di perumahan awam Lasah dan mendapat pencen yang mana dengan sumber kewangan tersebut beliau berjimat cermat untuk memastikan anak-anak mendapat kehidupan yang sempurna. Beliau menanggung 4 orang anak yang masih bersekolah iaitu Muhammad Salman Hassan 17 tahun di SMK RLKT Lasah, Nuru Balqis 15 tahun di SMA Maahad Nurul Fadzliah, Nurul Ainaa 13 tahun di SMA Maahad Nurul Fadzliah dan Nurul Natasya 10 tahun bersekolah di SK Lasah.

Sumbangan SKR 2017 kali ini adalah dari Permodalan YBK Sdn Bhd dan diserahkan oleh sukarelawan YBK ditemani oleh Cikgu Hajjah Lailiyah dari SMA Maahad Nurul Fadzliah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2687 0319.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;