SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Dusun Nanding, Selangor menyaksikan sembilan (9) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 24 Mei 2017 dan dibantu oleh Cikgu Zarina dan guru kaunselor daripada SMK Dusun Nanding. Keluarga yang menerima adalah;

HULU LANGAT, 24 Mei 2017 - Walaupun hidup serba kekurangan dengan pendapatan yang tidak menentu sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah agama, Pn. Rosmawati Abd Razak tidak pernah mengeluh. Suami beliau, En. Abdullah Aziz bekerja di kilang papan dengan pendapatan yang tidak menentu. Kekusutan ekonomi keluarga ini kadang-kala mencetuskan perasaaan tidak senang tetapi apalah yang mampu dilakukan?

Hasil pendapatan Pn. Rosmawati digunakan untuk menanggung 5 orang anak-anak yang masih belajar - Nuryasmin (20), Fairuz Hanim (17), Nur Qamarina Amirah (14), Alya Maisarah (12) dan Muhd Ridhuan Thaqeef (8). Mujur anak-anak beliau memahami erti kesusahan keluarga mereka. Keluarga ini tinggal menyewa dan bantuan zakat yang diperoleh hanyalah ketika Hari Raya dan bantuan persekolahan.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. dan diserahkan oleh Pn. Zarina, Setiausaha Kebajikan SMK Dusun Nanding. Pn. Rosmawati boleh dihubungi di talian 012 915 7659.

HULU LANGAT, 24 Mei 2017 - Kemahiran menjahit menjadi punca rezeki kepada Pn. Nik Maheran Talib di mana beliau mengambil upah menjahit untuk menyara keluarga. Suami beliau, En. Amran Daud, melakukan pelbagai kerja mengambil upah. Suami isteri ini tinggal di rumah kayu yang disewa di pinggir jalan utama.

Pendapatan suami isteri ini adalah amat sederhana dan pada masa yang sama juga tidak menentu kerana permintaan menjahit adalah bergantung kepada musim. Enam (6) daripada 7 anak pasangan masih belajar - Wan Maryam (24 - Universiti); Wan Khadijah (21 - Universiti); Wan Harun (19); Wan Zahra Mardiah (16); Ahmad Mufadhdhal (10) dan Muhd Ali Husain (7). Beban kewangan keluarga ini sedikit sebanyak terubat dengan bantuan zakat.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. dan diserahkan oleh Pn. Zarina, Setiausaha Kebajikan SMK Dusun Nanding. Pn. Nik Maheran boleh dihubungi di talian 019 234 0506.

HULU LANGAT, 24 Mei 2017 - Walaupun menghadapi masalah keluarga, Pn. Noorhasnida cekal dan terus berusaha mencari rezeki demi anak-anaknya. Beliau melakukan pelbagai kerja daripada mengambil upah membersih rumah sehingga memasak untuk memastikan anak-anaknya tidak kelaparan. Suami beliau tidak mampu menjana pendapatan secara konsisten dan Pn. Noorhasnida yang menjadi tonggak utama keluarga ini.

Duit upah yang diterima hasil melakukan pelbagai kerja digunakan untuk perbelanjaan membayar sewa rumah sebanyak RM500 dan keperluan anak-anaknya. Kadang-kala beliau sendiri terpaksa berkorban dan mendahulukan keperluan anak. Empat (4) daripada 6 orang anak Pn. Noorhasnida masih belajar dan keluarga ini tidak menerima sebarang bantuan luar.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. dan diserahkan oleh Pn. Zarina, Setiausaha Kebajikan SMK Dusun Nanding. Pn. Noorhasnida boleh dihubungi di talian 010 893 6457.

HULU LANGAT, 24 Mei 2017 - Pn. Latifah Khalil, seorang ibu tunggal tidak mempunyai punca pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada pencen PERKESO suaminya yang tidak seberapa untuk menanggung keluarga.

Walaupun perlu menanggung enam daripada sembilan anaknya yang masih bersekolah, beban kewangannya sedikit sebanyak diringankan dengan bantuan zakat yang digunakan untuk membayar sewa rumah dan bekalan air serta eletrik. Beliau tetap berusaha mencari sumber pendapatan dan enggan bergantung harap kepada bantuan semata-mata.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. dan diserahkan oleh Pn. Zarina, Setiausaha Kebajikan SMK Dusun Nanding. Pn. Latifah boleh dihubungi di talian 012 360 5862.

HULU LANGAT, 24 Mei 2017 - Kehidupan En. Sany Ab Raub berubah sekelip mata apabila beliau diuji dengan kegagalan perniagaan yang menyebabkan beliau dan keluarga kehilangan kehidupan yang serba selesa suatu ketika dahulu. Tersedar dari lena, En. Sany bangkit untuk mengubah kehidupan keluarga dan berjaya mendapat geran daripada zakat untuk menjalankan perniagaan pisang goreng secara 'food truck'.

Walaupun kehidupan beliau dan isteri, Pn. Tutty Harlinda kini amat ringkas, pasangan ini tidak pernah mengeluh dan memahami bahawa setiap ujian Allah S.W.T. itu ada hikmahnya. En. Sany gigih berniaga di pasar malam Bandar Tun Razak untuk menyara keluarganya. Kesemua lima orang anaknya masih bersekolah dan keluarga ini tinggal di rumah sewa dengan kos RM500 sebulan.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. En. Sany boleh dihubungi di talian 011 1437 6469.

HULU LANGAT, 24 Mei 2017 - Pn. Zainab Mohd @ Salleh adalah ibu tunggal dan baru berpisah dengan suaminya. Walaupun diuji masalah rumah tangga, beliau tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk terus mencari rezeki demi anak-anaknya. Kami menemui beliau di tempat kerjanya.

Beliau bekerja sebagai pembantu tabika KEMAS dan mengakui upah bekerja adalah tidak cukup untuk menanggung sepenuhnya keperluan kewangan keluarganya. Tiga (3) orang anak beliau masih belajar - Mohd Zairun (15), Mohd Zahieran Shah (13) dan Norshahieda Nurain Shah (7). Pn. Zainab dan anak-anak tinggal menyewa dengan kadar RM170 sebulan.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. dan diserahkan oleh Pn. Zarina, Setiausaha Kebajikan SMK Dusun Nanding. Pn. Zainab boleh dihubungi di talian 012 388 4230.

HULU LANGAT, 24 Mei 2017 - Pn Nurazlinawati Senusi, seorang ibu tunggal menyara keluarganya dengan berniaga Tom Yam di gerai berhampiran kediamannya. Pendapatan daripada pekerjaan ini amat tidak menentu dan sedikit-sebanyak memberi kesan kepada keperluan kewangan keluarga beliau.

Beliau memiliki 3 orang anak dan yang paling bongsu, Muhd Amir Shah berusia 11 bulan. Tinggal di rumah sewa yang kelihatan sedikit tidak terurus dengan bayaran RM350 sebulan, beliau adalah penerima bantuan zakat meliputi keperluan rumah dan wang perbelanjaan.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. dan diserahkan oleh Pn. Zarina, Setiausaha Kebajikan SMK Dusun Nanding. Pn. Nurazlinawati boleh dihubungi di talian 017 545 5693.

HULU LANGAT, 24 Mei 2017 - En. Mazli Darul Ehsan bekerja sebagai pemandu lori manakala isteri beliau, Pn. Suraya Abdul Aziz melakukan pelbagai kerja bagi menanggung keluarga. Ketika kami sampai di kediaman beliau, Pn. Suraya sedang membungkus pek sampul raya untuk kegunaan sebuah bank tempatan.

Suami isteri ini tinggal bersama tujuh (7) orang anak dan seorang cucu. Dua (2) orang anak beliau masih bersekolah - Mohd Hakimi (15) dan Muhd Shahrul Shahqirin (9). Cucu beliau yang bernama Mahathir kini di tingkatan 2. Keluarga ini tinggal di rumah sewa yang sedikit daif dengan sewa RM400 sebulan.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. dan diserahkan oleh Pn. Zarina, Setiausaha Kebajikan SMK Dusun Nanding. Pn. Suraya boleh dihubungi di talian 017 206 1592.

SEMENYIH, 24 Mei 2017 - En. Sharuddin Japar bekerja sebagai buruh di sebuah projek perumahan di Bandar Rinching dan memperoleh gaji harian RM48. Hari bekerja beliau adalah tidak menentu dan tiada gaji sekira cuti. Isteri beliau, Pn. Norpahanum tidak bekerja.

Pasangan ini tinggal di apartmen yang disewa dengan kadar RM400 sebulan. Pendapatan En. Sharuddin yang tidak seberapa menyulitkan kewangan keluarga ini yang perlu menanggung 6 orang anak dengan yang bongsu, Muhd Nurqamaru Shamim baru lahir dan berusia 21 hari. Ketika kami melawat keluarga ini, anak bongsu pasangan ini masih berada di hospital.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. En. Sharuddin boleh dihubungi di talian 017 267 8351.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;