- Hit: 1680
SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Alam Megah, Shah Alamย menyaksikan lapan (8) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 26 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;
BT. 13 PUCHONG, 26 Mei 2017 - En. Mahat Arsad adalah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah institusi pengajian tinggi di Shah Alam dan isteri beliau, Pn. Maznah Khamis adalah suri rumah sepenuh masa.
Keluarga ini tinggal menyewa di sebuah rumah dengan kadar RM300 sebulan. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan, beliau menyara 5 orang anaknya termasuk seorang yang menghidap ketidakupayaan masalah pembelajaran.
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Business Associates Consulting. En. Mahat boleh dihubungi di talian 017 378 1942.
SHAH ALAM, 26 Mei 2017 - En. Roslan Hj Mohd Yassin tidak mampu melakukan kerja-kerja berat kerana kaki kirinya yang lemah akibat patah di samping menghidap darah tinggi dan jantung. Beliau kini berkebun secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan di samping berharap daripada pemberian anak yang baru sahaja mendapat kerja. Isteri beliau, Pn. Sharidah Mohd Nor kadang kala mengambil tempahan memasak sekiranya diperlukan.
En. Roslan sekeluarga tinggal di rumah teres yang disewa dengan kadar RM800 sebulan. Empat (4) daripada 6 orang anak pasangan ini masih belajar - Johan Helmi (23), Johan Haiqal (16), Johan Hazril dan Johan Hazrin (13).
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Business Associates Consulting. En. Roslan boleh dihubungi di talian 017 696 7456.
BUKIT LANCHONG, 26 Mei 2017 - Tinggal di sebuah rumah yang agak uzur di pinggir kampung, En. Abdul Nazmihar Abdul Rahim bekerja sebagai pembantu stor di sebuah syarikat di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Isteri beliau, Wan Mardiana Wan Johani, tidak bekerja.
Pasangan ini memiliki enam (6) orang anak di mana 4 daripadanya sedang bersekolah. Rumah yang diduduki oleh pasangan ini disewa dengan kadar RM200 sebulan dan ketika kunjungan kami, beliau memaklumkan keluarganya terpaksa mencari rumah baru kerana tuan rumah mahu mengambil kembali kediaman tersebut.
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. En. Abdul Nazmihar boleh dihubungi di talian 011 3524 7112.
BUKIT LANCHONG, 26 Mei 2017 - Pn. Rina Azizan adalah seorang ibu tunggal yang tinggal bersama empat (4) orang anaknya yang masih bersekolah. Beliau pernah bekerja sebagai kerani dan pembantu pejabat di sebuah organisasi sekuriti dan kini menerima tempahan membuat dan menjual nasi lemak dan kuih untuk mencari pendapatan.
Beliau tinggal di rumah yang disewa dengan kadar RM270 sebulan dan kos ini ditanggung oleh zakat. Anak-anak beliau - Nik Nur Fadlin (16 tahun), Nik Nur Fatinah (14 tahun), Nik Nur Fauziah (11 tahun) dan Nik Fazlan Zafran (6 tahun) belajar di sekolah berhampiran.
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. dan disampaikan oleh Cikgu Adilah Sulaiman, S/U Unit Kebajikan SMK Alam Megah 2. Pn. Rina boleh dihubungi di talian 018 285 1610.
BUKIT LANCHONG, 26 Mei 2017 - En. Sufian Muhd Jani adalah seorang buruh kampung dan melakukan pelbagai kerja seperti membersih kebun, membaiki rumah dan kerja-kerja kasar yang lain. Isteri beliau, Pn. Rozana Othman menjual air tebu secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga. Keluarga ini tinggal menumpang dan rumah pasangan ini agak terlindung daripada kediaman-kediaman lain.
Pasangan ini memiliki lapan (8) orang anak dan 6 daripadanya masih lagi belajar. Setakat ini keluarga ini hanya menerima bantuan Hari Raya daripada zakat dan tiada bentuk bantuan lain yang diterima.
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Business Associates Consulting. En. Sufian boleh dihubungi di talian 011 2805 0044.
BUKIT LANCHONG, 26 Mei 2017 - En. Ahmad Kamal Adnan melakukan pelbagai kerja kampung untuk menyara keluarganya, antaranya menebas rumput, membaiki rumah dan membersih kawasan. Isteri beliau, Pn. Zuhana Muhd Zabri berkebun pisang secara kecil-kecilan dan daripada pisang-pisang ini beliau menghasilkan kerepek untuk dijual.
Pasangan ini memiliki enam (6) orang anak dan 5 daripadanya masih bersekolah - Muhd Basyiruddin (17 tahun), Nurul Athirah (15 tahun), Nurul Farizah (13 tahun), Muhd Zulhilmi (12 tahun), Muhd Aqil (9 tahun) dan Muhd Hazimi (5 tahun). Keadaan rumah keluarga ini agak daif dan rumah ini adalah pusaka keluarga En. Ahmad sendiri.
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. En. Ahmad Kamal boleh dihubungi di talian 011 3967 4927.
ALAM MEGAH, 26 Mei 2017 - En. Azaha Ghazali dan isteri, Pn. Normah Mat merantau dari Kelantan ke Kuala Lumpur pada awal 90'an dan pernah bekerja di Lembaga Letrik Negara (kini dikenali sebagai TNB). Kini beliau bekerja sebagai buruh am dan isteri beliau berniaga kuih dan 'char kueh teow' untuk menjana pendapatan keluarga.
Beliau dan isteri tinggal menumpang di rumah anak sulung mereka yang menyewa sebanyak RM800 sebulan. Empat (4) orang anak masih bersekolah - Muhd Firdaus (17 tahun), Muhd Fikri Hakimi (14 tahun), Nor Fatin Nabila (13 tahun) dan Muhd Fareez (11 tahun).
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. En. Azahan boleh dihubungi di talian 017 633 7852.
ALAM MEGAH, 26 Mei 2017 - Pn. Intan Rohana Ali adalah antara ibu tunggal yang harus dijadikan teladan. Walaupun hidup tanpa suami dan tinggal bersama anak-anaknya yang masih belajar, beliau tidak suka meminta-minta dan berusaha mencari rezeki dengan kemahiran memasak yang dimilikinya. Pn. Intan berniaga nasi tomato di gerai kecil berhampiran rumahnya dan juga menerima tempahan daripada kenalan.
Keluarga ini tinggal di rumah yang disewa dengan kadar RM350 sebulan, dan kos sewa ini ditanggung oleh zakat. Pn. Intan beruntung kerana semua anak-anaknya amat rajin membantunya dan memahami erti kesusahan hidup ibu mereka. Semua anak-anak beliau adalah perempuan - Intan Nor Shahika (20 tahun), Intan Nor Faradilla (18 tahun), Intan Nor Atikah (16 tahun) dan Intan Nor Azuwani (14 tahun).ย
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Business Associates Consulting. Pn. Intan boleh dihubungi di talian 017 381 8465.