SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di sekitar Padang Jawa dan Klang menyaksikan lima (5) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsungpada 22 Mei 2017 dan turut disertai oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan isteri, Datin Hartini Osman. Keluarga yang menerima adalah;

SHAH ALAM, 22 Mei 2017 - Puan Azizah Ashaari,ibu tunggal yang tinggal bersama 6 orang anaknya yang masih bersekolah, Joefitri (23Thn)belajar di UiTM, Mohd Lutfie (20 tahun), Fatimah Azzahra (18 tahun), Mohd Azizir (16 tahun), Ummi Aida Salbia (15 tahun), Mohd Rohimin (13 tahun) dan Mohd Nabil (11 tahun). Anak beliau Azizir, adalah seorang OKU (hyperaktif).

Pn Azizah yang dulunya mengambil upah menjaga anak jiran,kini perlu menjaga anak dan 2 orang cucunya yang baru kematian suami. Trauma yang dialami menyebabkan, beliau tidak mampu menjaga anak-anaknya.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom telah disampaikan oleh Puan Roshidah Abdul A'ala (Pengerusi Rumah Saffiya). Keluarga ini boleh dihubungi di talian Azizah Ashaari (011 1429 5273)

SHAH ALAM, 22 Mei 2017 - Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih, begitulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Puan Ismawati Che Wil yang menyara kehidupan 5 orang anaknya dengan meniaga ABC di hadapan rumah beliau yang telah disumbangkan oleh Program 1Azam 2 minggu yang lalu. Program 1Azam telah membantu memberikan satu set kanopi,meja dan kerusi, mesin ABC dan juga barang-barang keperluan meniaga bagi seminggu pertama.

Meniaga di depan rumah,menyukarkan beliau untuk mendapat pendapatan yang lebih,RM 50 adalah paling tinggi setakat ini. Anak-anaknya, Nurul Shafiqah (19thn), Nurul Ashikin (16thn), Mohd Shafiq (15 thn ) dan Mohd Aiman (12thn). Nurul Shazira telah berumahtangga dan tinggal di hadapan rumah beliau,namun tidak membantu kerana hanya mengharapkan sumber pendapatan dari suami untuk hidup.

Keluarga ini boleh di hubungi di talian, Ismawati Che Wil (011-12248713). Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom di sampaikan oleh Puan Roshidah Abdul A'Ala (Pengerusi Rumah Saffiya).

SHAH ALAM, 22 Mei 2017 - Kami mengunjungi keluarga Pn Marhamah Rosli dan Heryanto Burhadin di Kg Sg Pinang tidak jauh dari rumah responden yang kami ziarah sebelumnya. Mereka 8 beranak tinggal dirumah setinggan yang disewa dengan kadar bayaran RM 400 sebulan.

Heryanto adalah seorang nelayan yang 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'. Jika tidak turun ke laut dan tiada hasil tangkapan,maka tiadalah hidangan makanan buat mereka sekeluarga pada malam hari.

Pn Marhamah tidak bekerja kerana terpaksa menjaga anak ke-4 beliau, Nur Farisha (6 tahun) yang mengidap penyakit Thalassemia. Anak-anak beliau yang lain, Mohd Danish (13 tahun), Mohd Izat Zairi (9 tahun), Nur Farhana (8 tahun), Mohd Taufik Fatullah (4 tahun) dan Mohd Arip Izari (3 tahun).

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom telah disampaikan oleh Puan Radziah Hj Ahmad (Pengerusi Kumpulan Hawa Pertiwi Daerah Petaling).

SHAH ALAM, 22 Mei 2017 - Responden kedua adalah ibu cekal kepada 8 orang anak yang masih kecil,Puan Marliana bt Hussin. Pn Ina menyewa di lot atas kedai dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan yang dibayar oleh pusat zakat sebanyak RM 500. Tambahan RM 100 diperolehi dari zakat bulanan yang diterima untuk keperluan anak sekolah sebanyak RM 500. Pendapatan keluarga ini hanyalah dari sumbangan bulanan dari pusat zakat semata-mata kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak yang masih kecil tidak terurus dirumah.

Anak sulung beliau, Shila (16 tahun), Sonia (15 tahun), Sarina (14 tahun), mempunyai penyakit kulit sopak, Sabrina (11 tahun), Samuel (10 tahun - buah pinggang bocor), Samira (8 tahun), Samien (6 tahun), Syakira (1 tahun).

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom telah disampaikan oleh Datin Hjh Hartini Osman (Pengerusi Program SKR 2017). Keluarga boleh dihububgi di talian, Marliana Hussin (017-275 3116).

SHAH ALAM, 22 Mei 2017 - Rumah dhaif yang yg didiami 13 orang sekeluarga termasuk ibu yg uzur menggamit kesedihan mereka yang mengunjungi keluarga ini. Menumpang secara ehsan di tanah milik seorang usahawan Cina di No 124,Lot 1973, Batu 7,Bukit Kemuning Puan Ramlah Rosalee dan Nanizan Abu Bakar menyara kehidupan dengan upah memandu lori secara kontrak(bayaran hari). Mempunyai kemahiran memasak chicken chop dan kuih raya,namun dek kerana kekangan sumber kewangan dan menguruskan anak-anak dirumah dan ke sekolah,Puan Ramlah terpaksa memlilih untuk melupakan niatnya menjana pendapatan tambahan bagi keluarganya.

Pasangan ini mempunyai 6 oranag cahayamata,Nor Mastura (12thn), Mohd Amir Rizman (9 tahun), Mohd Mikail Rizqi (7 tahun), Nur Kasih Alisa (6 tahun), Nur Marisa Adriana (3 tahun) dan Mohd Adam Rizwan (2 tahun). Ibu beliau yang berusia 68tahun, Fatimah Sulaiman juga dibawah jagaan mereka sekeluarga. Keluarga adiknya,Nur Fazilah dan Fathul Sharman dan anak mereka Danial Dani, 5 bulan juga tinggal sebumbung dengan pasangan ini.

Sumbangan SKR 2017 oleh Dato' Hj Zainal Abidin Sakom telah disampaikan sendiri oleh beliau dengan kehadiran Datin Hjh Hartini Osman (Pengerusi SKR 2017), Pn Roshidah Abdul A'Ala (Pengerusi Rumah Saffiya) dan Pn Radziah Hjh Ahmad (Kumpulan Hawa Pertiwi Daerah Petaling). Keluarga ini boleh dihubungi di talian, Ramlah Rasalee (011 2327 3178)

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;