SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Klang, Selangor menyaksikan sembilan (9) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 25 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;

KLANG, 25 Mei 2017 - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul -  beban yang ditanggung oleh Pn Rosmah Isman setelah kematian suami 3 tahun lalu diuji lagi apabila beliau mengalami strok yang mennyebabkan beliau tidak mampu mencari rezeki bagi menyara anak-anaknya.

Menerima bantuan zakat untuk membantu 2 orang anak yang masih bersekolah iaitu Nur Shazira dan Nur Shariza yang bersekolah di SMK Rantau Panjang. Manakala seorang daripada anaknya mengalami kecacatan mata akibat kemalangan. Beliau hanya mengharapkan belas ihsan 3 orang anaknya yang bekerja bagi membantu menyara keluarga mereka iaitu Muhammad Sazwan, Muhammad Shazli dan Nur Shazila.

Sumbangan adalah daripada ServeCare Sdn Bhd dan keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 275 8065.

KLANG, 25 Mei 2017 - Rumah pusaka bapa mentua di Lorong Cermai Kg Sementa dihuni oleh Mohd Al Hafesh Amri bersama isteri Seri Rahayu Shahrin dan 8 orang anak mereka.

Bekerja sebagai pengawal keselamatan, beliau dibantu oleh isterinya dengan membuat kerja sambilan dengan menjual chicken chop. Menerima bantuan zakat RM500 sebulan meringankan beban beliau menyekolahkan kesemua anak beliau.

Dua orang anaknya menyambung pelajaran di pusat pengajian tinggi iaitu M. Haiqal Afiq (UNISEL) dan M. Hafiy Azri (KUIS) dan M. haris Azam, Syafiqah Afina di sekolah menengah. Manakala M Haziy Al hadi, M Hadif Anas, M Hazwan Aliff dan Safira Adeena bersekolah di SK Sementa.

Keluarga ini menerima sumbangan SKR daripada ServeCare Sdn Bhd dan boleh dihubungi di talian 011123602591

KLANG, 25 Mei 2017 - Dengan pendapatan yang tidak menentu hasil dari upah membuat rumah Hamdan Samsari menyara 3 orang anak di Jalan Tarmizi Rantau Panjang. Isterinya Salmah Abdul Aziz membantu menambah pendapatan keluarga dengan mengambil upah di kedai popia disamping anaknya Sarimah, 23 tahun bekerja di kantin kilang.

Beliau sekeluarga menerima rumah bantuan PPRT dibawah Zakat. Kadang-kadang anaknya tidak bersekolah dan mencari rezeki dengan mengutip dan menjual botol-botol. Walaupun masih kecil anak-anak ini Azhari dan Asmadi telah mengenal erti kesusahan ayah mereka mencari rezeki bagi menyekolah dan menyara keluarga mereka.

Sumbangan ini telah diterima daripada ServeCare Sdn Bhd dan mereka boleh dihubungi melalui pegawai YBK di talian 0378750036.

KLANG, 25 Mei 2017 - Sharol Feteri Othman 44 tahun menyara keluarga sebagai pemandu lori. Namun begitu dengan pendapatan yang tidak menentu beliau terpaksa bertumpang teduh di kilang tempat beliau bekerja bersama-sama isteri dan 6 orang anaknya atas ihsan majikannya.Manakala isterinya Norlela Jamaludin tidak bekerja.

Keadaan tempat tinggal yang tidak selesa itu sahajalah yang mampu buat masa ini untuk beliau dan keluarganya berteduh. Anak sulungnya Azmi Shah, 19 tahun terpaksa bekerja bagi membantu ayahnya menyara keluarga. Anaknya Mohd Firdaus dan Amirul Reduan bersekolah di SMK Rantau Panjang manakala Fitri Hakimi dan Nor Batrisya Syazwani bersekolah di SK Rantau Panjang. Seorang lagi anak beliau Alif Syazwan berumur 5 tahun.

Keluarga ini menerima sumbangan daripada ServeCare Sdn Bhd dan keluarga ini boleh dihubungi melalui pegawai YBK di talian 03 7875 0036 (Alia).

Sumbangan ini disampaikan oleh Pengetua SMK Rantau Panjang Tn Hj Abdul Hakim@Abdul Khakin bin Samuri, S.I.S

KLANG, 25 Mei 2017 - Perpisahan dengan bekas suami selama 15 tahun tidak mematahkan semangat Puan Hamilizah Abdul Majid meneruskan kehidupan bersama 4 orang cahayamata.

Beliau dan anak-anak berteduh di rumah yang dibina di tanah pusaka ibunya di Jalan Genting Rantau Panjang. Bagi menampung perbelanjaan keluarga beliau mengasuh bayi dengan anggaran pendapatan RM600 sebulan. Dengan pendapatan sebanyak inilah beliau berjimat cermat untuk menyekolahkan anak-anaknya dimana dua orang melanjutkan pelajaran di menara gading iaitu Suzieana (UUM Sintok) dan Shamim Iskandar (Politeknik). Manakala Suzieyanti bersekolah di SMK Rantau Panjang dan Shamim Dzulkarnain bersekolah di SK Rantau Panjang.

Sumbangan SKR ini disumbangkan oleh ServeCare Sdn Bhd dan mereka boleh dihubungi di talian 0122537261.

KLANG, 25 Mei 2017 - Kematian suami tercinta 2 tahun lalu memberi tamparan hebat kepada Puan Maimon Harun untuk meneruskan kehidupan di samping 4 orang anak. Namun beliau bangkit semula demi anak-anak yang masih perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.

Dengan berbekalkan semangat beliau pada mulanya hanya menjual kuih muih bagi menampung keluarga. Namun dengan kecekalan dan sedikit modal kini beliau mengambil tempahan makanan secara kecil-kecilan dengan memasak di rumah sendiri peninggalan arwah suami.

Hanya anak sulung iaitu Mohd Faris 21 tahun membantu sedikit sebanyak perbelanjaan keluarga dengan bekerja di kedai komputer di kawasan tersebut. Manakala Mohd Farhan, Noor Munirah masih bersekolah di Sekolah Menengah dan Nur Fatin Qistina pula bersekolah di Kapar Indah.

Mereka menerima sumbangan daripada ServeCare Sdn Bhd dan boleh dihubungi di talian 019 284 3581.

KLANG, 25 Mei 2017 - Bekerja sebagai pemandu di Majlis Perbandaran Klang, beliau menyewa rumah di Lot 1083 31/2 Batu Rantau Panjang En Zamri Mohd Harun tinggal bersama isteri Pn Ani Alias dan 6 orang anak.

Isteri beliau terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat penyakit kanser usus yang dialaminya. Bagaimanapun beliau bernasib baik apabila pihak Zakat membantu membayar sewa rumah yang mereka duduki ini berjumlah RM300 sebulan. 2 orang anaknya melanjutkan pelajaran di UiTM iaitu Zur'ain dan Muhamma Zulkarnain. Manakala Muhammad Zuhri dan Muhammad Zikrul bersekolah di SMK Rantau Panjang. Dua orang lagi anak beliau iaitu Muhammad Zulfiqar Adli dan Zeti Ashoka bersekolah di SK Rantau Panjang.

Keluarga ini menerima sumbangan daripada Servecare Sdn Bhd dan boleh dihubungi ditalian 0192459233.

KLANG, 25 Mei 2017 - Akibat persengketaan suami isteri anak-anak menjadi mangsa keadaan. Begitulah yang dialami oleh makcik Maimon Samdin yang terpaksa menjaga 8 orang cucu akibat ditinggalkan oleh ayah dan ibu mereka tanpa sebarang berita.

Tanggungjawab menanggung keluarga ini terpaksa digalas oleh makcik mereka iaitu Norhaliemah Md Zin. Dengan pendapatan dari kerja sebagai kerani beliau menyara Muhammad Faiz Azmawi, Muhammad Faris Farhan, Nurul Syazani Syakirah yang bersekolah di SMK Rantau Panjang. Manakala Muhammad Nabil, Muhammad Alief Muhaimin, Muhammad Adam dan Muhammad Haziq bersekolag di SK Rantau Panjang. Abang sulung mereka Muhammad Mifzal 18 tahun bekerja sementara bagi meringankan beban Norhaliemah menyara adik-adiknya.

Keluarga ini menerima sumbangan daripada ServeCare Sdn Bhd. Mereka boleh dihubungi ditalian 012 270 2126.

KLANG, 25 Mei 2017 - Akibat mengidap penyakit usus En Shah Sliaqat tidak mampu bekerja untuk menyara keluarganya. Kesusahan ini bertimpa kerana isteri beliau juga tidak bekerja dan mereka hanya mampu mengharap belas ikhsan anak-anak yang telah bekerja iaitu Ibrahim, Badilla dan Ismail.

Walaupun dengan gaji yang tidak seberapa namun mereka puas dapat membantu keluarga dan menyekolahkan 6 orang adik iaitu Khadijatul Mujahidah, Muhammad Izdihar, Amad Pamungkas, Siti Nur Badriah yang bersekolah di SMK Rantau Panjang manakala Siti Hajirah dan Muhammad Idris di SK Rantau Panjang. Menyewa rumah di Jalan Sekolah dengan anggaran RM500 sebulan dan dibayar oleh pihak Zakat.

Keluarga ini mendapat sumbangan SKR dari Pn Laila Johari dan boleh dihubungi ditalian 017 263 3807.

SIJANGKANG, 25 Mei 2017 - Kehidupan Pn Nor Hapizam Mohamad setelah 3 tahun kehilangan suami tercinta amat memeritkan namun harus diteruskan demi menjaga empat orang anak yang masih bersekolah.

Pendapatan yang tidak seberapa hasil menjaga anak orang itulah dijimatkan untuk perbelanjaan keluarga manakala rumah yang didiami di Jalan mawar Kg Sijangkang dibayar oleh pihak Zakat berjumlah RM350 sebulan. Anak-anak beliau iaitu Mohd Harith, Mohamad Afiq bersekolah menengah dan Muhd Lutfil Hadi dan Nur Qaseh Khairana masih di sekolah rendah.

Keluarga ini menerima sumbangan SKR daripada Permodalan YBK Sdn Bhd. Mereka boleh dihubungi melalui talian 017 605 8533.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;