SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Selayang, Selangor menyaksikan dua (2) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 31 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;

SELAYANG, 31 Mei 2017 - Puan Salina bt Johan (38) seorang ibu tinggal bekerja sebagai pembantu supermarket NSK Selayang dengan gaji bulanan RM900.00 Semasa melawat keluarga ini rumahnya di No 2 Jalan 23 Selayang Baru sangat daif. Ia adalah peninggalan emak angkat yang telah meninggal dunia. Sekarang di bawah amanah Baitulmal.

Menanggung 5 orang anak di mana 3 masih bersekolah iaitu AinulFaizi b Amir Hamzah (17), Aina Faiza bt Amir Hamzah (15) dan Aina Fazira bt Amir Hamzah (13) bersekolajh SMK Selayang Baru, 2 orang anaknya tidak bersekolah Ainul Faiz (4)n dan Ainul Faizap (2),

Ketua JKKKP Jaafar Ismail No Telefon 0132065050 sedang membantu keluarga ini mendapat bantuan JKM sewajarnya. SKR2017 untuk keluarga ini adalah sumbangan Muhammad bin Hashim.

SELAYANG, 31 Mei 2017 - Sharifah bt Awang (42) bekerja sambilan di supermarket NSK Selayang dengan kadar gaji harian @RM30.00 sehari,

Menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah iaitu Nur Qistina Nasuha (13) SMK Darul Ehsan Selayang, Muhamad Naqib (9) dan Muahamad Naqif (8) SK Selayang Baru, Menyewa rumah di 59G Jalan 49 Selayang Baru dengan kadar sewa @RM500 sebulan dalam keadaan serba kekurangan.

Pengerusi JKKKP Encik Jaafar Ismail (Jaafar Ismail Bangpa) 013-2065050 juga sedang membantu meringankan beban ibu tunggal ini menampung keperluan hidup nya. SKR 2017 untuk keluarga ini adalah sumbangan Encik Muhammad bin Hashim.

SELAYANG, 31 Mei 2017 - Muhamad Syawal Goh bin Abdullah (44) tinggal di 6C Jalan 19, Selayang Baru, 68100 Batu Caves. Seorang saudara baru yang mengalami penyakit kanser tahap 3 dan kemalangan yang menyebabkan beliau tidak menjalankan pernigaan buahnya di pasar Selayang.

Berkahwin dengan juga saudara baru rakyat Thailand, Sabariyah kini bekerja sebagai pembantu kedai untuk menampung kehidupan sekeluarga. Menanggung 3 orang anak iaitu Nurul Azwaliza (13) SMK Selayang Baru, Muhamad Alif (9) SK Selayang Baru dan Muhamad Hadis (3). Kini menyewa rumah di berhampiran pasar Selayang dengan kadar sewa RM500 sebulan dengan kelengkapan yang ala kadar.

Mereka boleh dihubungi melalui Encik Jaafar Ismail Tel 013 206 5050 Pengerusi JKKKP Selayang Baru. SKR2017 untuk keluarga ini adalah sumbangan Datin Rubijah bt Saidi.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;