KAJANG, 1 Jun 2017 - Kehidupan yang mencabar di ibukota tidak dapat menampung kehidupan seorang ibu tunggal Pn Norziaton Sudin bersama 6 orang anak yang masih belajar. Akhirnya beliau mengambil keputusan berpindah dan tinggal bersama ibunya di Taman Naksyabandiah, Jalan Semenyih Kajang.

Untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak, beliau membantu jiran menjual makanan di gerai makanan di luar kawasan kampung mereka dengan bayaran mengikut hasil jualan. Namun begitu beliau masih lagi mendapat bantuan daripada Baitumal sebanyak RM450 untuk menyara anak-anaknya bersekolah.

Anak beliau Mohd Faiz, 21 tahun masih lagi dalam training di TUDM. Manakala anak yang lain Nur Farisha sedang menunggu kemasukan ke universiti, Nur Fariza, 15 tahun masih di sekolah menengah dan Nur Farinha, 12 tahun di sekolah rendah. Dua orang anak kembarnya Wan Mohd Zafuan dan Wan Mohd Zaquan, 6 tahun tidak dapat meneruskan persekolahan di pra sekolah di sekolah berdekatan kerana telah penuh dan beliau tidak mampu menghantar anak-anaknya bersekolah di tadika swasta. Begitu juga dengan anak bongsu beliau Wan Nur Zulaikha, 5 tahun. Semoga Pn Norziaton cekal dalam menjalani kehidupannya membesarkan anak-anak.

Mereka sekeluarga mendapat sumbangan SKR daripada Dato' Seri Mahamad Fathil Dato Mahmood dan boleh dihubungi di talian 011 2328 2869.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;