- Hit: 1368
BUKIT BERUNTUNG, 3 Jun 2017 – En. Norazman Md Sharif dan isteri, Pn. Zamzarina Sakhib tinggal di Pangsapuri Sri Inai bersama anak-anak. Beliau bekerja sebagai pemandu peribadi manakala isteri tidak bekerja dan tinggal di rumah menjaga anak-anak.
Pendapatan sebagai pemandu adalah sederhana dan beliau perlu menanggung lima (5) orang anak yang masih bersekolah – Mohd Kamil (16 tahun), Nurain Hananny (15 tahun), Muhammad Ammar (13 tahun), Nuraqilah Hannany (10 tahun), dan Nur Izzaty Hannany (9 tahun). Dua (2) orang anak pasangan ini masih kecil – Muhammad Nazmi Faes (3 tahun) dan Nur Zuhayra Hannany (1 tahun)
Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada Pn. Rogayah bt Abdullah. En. Norazman boleh dihubungi di talian 012 584 3859.