SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Gombak, Selangor menyaksikan lima (5) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung selama dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;

GOMBAK, 30 Mei 2017 - Jelajah Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan menziarahi keluarga En Abdul Wahab b Latiff dan isteri Pn Sarina Bt Yusof. Di pondok inilah mereka tinggal bersama 5 orang anak mereka, Abdul Hakim (16-Sek.Khas), Rozlin Siti Zubaidah (12-kanser kulit), Siti Maisarah (9 tahun), Saidina Abdul Wadud (6 tahun) dan Siti Aisyah (5 tahun).

En Abdul Wahab sudah tidak bekerja kerana faktor umur dan mengalami sakit kencing manis dan darah tinggi. Pendapatan hanyalah bergantung kepada isteri yang menjual nasi lemak yang tidak seberapa mana.

Sumbangan kepada keluarga ini ditaja oleh Business Associates Consulting. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 012 958 2107.

GOMBAK, 30 Mei 2017 - En Azhar B Ahmad dan isteri Pn. Siti Roslizawti bt Mohd Saad tinggal dirumah ini yang dibina atas tanah setinggan. Walaupun ada bekalan elektrik tetapi bekalan air hanya dari telaga yang dibuat. En Azhar yang bekerja sebagai Pencuci Pinggan disebuah hotel di KL.

Pasangan ini mempunyai 4 orang anak, Nur Aisyah (14- Sek.Khas), Mohd Ammar Zikri (9 tahun), Nur Adha Damia (8 tahun) dan Mohd Raiyan Idzhar (6 tahun). Pn.Roslizwati mengalami penyakit SLE yang sentiasa berulang alik ke hospital. Sebagai menambah pendapatan En Azhar menanam pokok tebu disekitar rumahnya untuk dijual.

Yayasan Basmi Kemiskinan melalui program Sinar Kasih Ramadhan menyampaikan sumbangan tajaan Sofia Akzan Selamat kepada isteri beliau, Pn Roslizawati. En Azhar boleh dihubungi ditalian 011 5115 2588.

GOMBAK, 30 Mei 2017 - Di pangsapuri inilah Pn.Wan Nor Asiah bt Wan Ibrahim seorang ibu tunggal hidup bersama 5 orang anaknya, Nurlisa Aliya (19 tahun), Nur Shahirah (18 tahun), Nur Shahila (12 tahun), Mohd Aisy Aiman (7 tahun) dan Nur Afza Fatia (3 tahun).

Bekerja disebuah kilang pakaian seragam untuk menyara anak anak yang sedang membesar.

Yayasan Basmi Kemiskinan menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan tajaan Cik Sofia Akzan Selamat kepada Pn.Wan Nor Asiah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 913 2420.

GOMBAK, 31 Mei 2017 - Pn.Noor Hayati Bt Mohd, seorang ibu tunggal, bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Sek.Keb Sg.Pusu. Beliau tinggal menyewa dipangsapuri Mutiara Gombak bersama 6 orangnya.

Anak bongsu merupakan kembar berumur 10 tahun, Mohd Shamim.dan Mohd Shamir masing masing mengidap penyakit jantung, sawan dan masalah paru-paru. Anak yang lain, Mohd Syafiq (20 tahun), Nur Shafinas (17 tahun), Mohd Shamimi (16 tahun) dan Mohd Shafie (15 tahun). Pn Noor Hayati yang mengalami darah tinggi dan kencing manis terpaksa juga bekerja demi menyara anak anaknya.

Sumbangan Yayasan Basmi Kemiskinan dalam program Sinar Kasih Ramadhan adalah tajaan Cik Sofia Akzan Selamat. Beliau amat bersyukur atas pemberian ini kerana menurutnya gaji bulan April pun masih belum diterima dari majikannya.

GOMBAK, 1 Jun 2017 - Kembara Yayasan Basmi Kemiskinan dalam program Sinar Kasih Ramadhan menziarahi Pn Rohana Bt Ghazali, ibu tunggal yang tinggal dipangsapuri ini bersama 3 orang anaknya. Mereka adalah Mohamad Asraff (19 tahun), Syahirah (17 tahun) dan Syafiqah (13 tahun).

Bekerja sebagai Pembantu Peniaga Pasar Malam dengan upah yang tidak menentu. Tiada bantuan lain yang diterima kecuali dari Pihak Zakat khas untuk anak yangasih bersekolah.

Sumbangan tajaan berbuka dan bersahur keluarga ini ditaja oleh Cik Sofia Akzan Selamat. Keluarga ini boleh dihibungi di talian 019-616 5517.

­čîÉ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

­čô× HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

­čô× TEL :┬á+60 (3) 7875 0036
­čôá FAKS :┬á+60 (3) 7875 0719
­čôž E-MEL :┬áybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;