SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Klang menyaksikan lima (5) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 5 Jun 2017 serta dibantu oleh Cikgu Abdul Rahman Hassan dan Cikgu Ezuari Ahmad daripada SMK Shah Bandaraya Klang. Keluarga yang menerima adalah;

KLANG, 5 Jun 2017 - Siti Zuraida bt Abdul Razak (38) seorang ibu tunggal. Menumpang rumah peninggalan nenek di Lot 1370 A-1 Jalan Sungai Jati Kg Jawa Klang. Mencari rezeki membesarkan 2 anak sekolah dan seorang Pak Cik (OKU) dengan menjual kuih dengan pendapatan bulanan lebih kurang RM500.00

Anak-anak yang masih bersekolah Nurul Syafiqah bt Mohd Fairuz (13) SMK Shahbandaraya Klang dan Mohd Syahrul b Mohd Fairuz Sek Keb Kg Jawa Klang, Beliau juga menjaga adik sedara Mohd Sharul And Rahman (29) seorang OKU. Keadaan kemudahan rumah yang serba kekurangan.

SKR2017 untuk keluarga ini adalah sumbangan Dr Mohd Nazir Abu Bakar. Keluarga boleh dihubungi melalui 019 306 4620.

KLANG, 5 Jun 2017 - Haslinda bt Abu Kassim (44) seorang ibu tunggal menjaga 3 orang anak yang bersekolah. Bekerja sebagai pembantu Supermarket MYDIN Klang dengan pendapatan RM1,000.00 sebulan.

Tinggal di Lot 6244R Jalan Bukit Jati, Kg Jawa Klang menyewa dengan kadar RM450.00 sebulan. Menanggung 3 orang anak yang bersekolah iaitu Muhd Ramadhan (14) SMK Shahbandaraya Klang, Muhd Hidayat (9) dan Siti Solehah (7) Sek Keb Kg Jawa.

Penyampaian SKR 2017 disempurnakan oleh Ezuari b Ahmad guru SMK Shahbandaraya Klang (011-21253272) bagi pihak penyumbang Hjh Faridah Md Ali Rouse. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010 289 0658.

KLANG, 5 Jun 2017 - Abdul Majid b Mohd Hamid @ Abdul Amid (43) tidak bekerja disebabkan kemalangan yang menimpa pada tahun 2005. Kini menumpang rumah orang tua di Jln kita raja 2 kg jawa. Kaki kanan lumpuh. Isterinya Hasmiza bt Hassan (41) surirumah sepenuh masa. Menumpang rumah emak @ TBG 746 Jln Kota Raja 2 Klang.

Mereka sekeluarga menerima bantuan PZS RM500 dan JKM 800 sebulan bagi menampung kehidupan dan membiaya 7 orang anak di mana 5 bersekolah. Nur Afifah Maisarah (19), Muhd Aslam Hazim (15), Nur Arifah Madihah (13) SMK Shahbandaraya Klang. Nur Afrina Marsya (11), Muhd Akran Hakim (7) Sek Keb Kg Jawa. Nur Amrina Mirza (6) dan Nor Amisha Mahira (1)

Keluarga boleh dihubungi 016 306 6692.

KLANG, 5 Jun 2017 - Mahmood b Azali (50 tahun) tidak bekerja setelah diberhentikan lebih setahun. Isterinya Haniza bt Zainor (42 tahun), mengambil upah menjahit dan mengumpul barang kitar semula seperti tin minuman dengan pendapatan bulanan RM500.00 sebulan.

Menanggung 4 orang anak di mana 3 bersekolah iaitu Najwa Batrisya (15 tahun) SMK Shahbandaraya, Mohd Yusri (13 tahun) SMK KJg Jawa, Mohd Ammar (110 Sek Keb Kg Jawa dan Mohd Harraz Thaqif (5 tahun).

SKR 2017 disampaikan oleh Zuari Ahmad Cikgu SMK Shahbandaraya, sumbangan Hjh Zaizan Ahmad. Keluarga boleh dihubungi 014 221 8265

KLANG, 5 Jun 2017 - Zuraini bt Ibrahim (36) seorang ibu tunggal yang baru ditamatkan bekerja. Tinggal di Lot 4512D Lorong Durian Sakat Klang.

Mempunyai 3 oprang anak yang bersekolah iaitu Mohd Anuar Suafi (15) SMK Shahbandaraya, Mohd Aireel b Suafi (12) Sek Keb Klang dan Ahmad Rifqi b Suafi (6) TADIKA KEMAS. Hidup menumpang di rumah saudara.

SKR 2017 disampaikan oleh Cikgu Abdul Rahman Hassan SMK Shahbandaraya Klang, sumbangan Hjh Faridah Md Ali Rouses. Keluarga boleh dihubungi 010 888 1743.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;