KG GESIR TENGAH, 7 Jun 2017 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menganjurkan majlis Iftar Ramadhan YBK di Kg Gesir hari ini. Jemputan melibatkan pelajar dan kakitangan Asrama Kasih YBK Gesi dan Akademi Kemahiran YBK Gesir, penduduk Kampung Gesir Tengah dan kawasan sekitarnya. Kehadiran tetamu adalah kira-kira 400 orang dan diadakan di Dewan Terbuka Kg Gesir Tengah.

Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom telah hadir dalam majlis ini dan turut menyampaikan tazkirah ringkas sebelum masuk waktu berbuka. Turut hadir, Datin Saripah Ahmad (Pengerusi Jambor Sakti), Datin Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah) dan Dato' Bing Selamat Amir (ALPA YBK). Sedikit tahlil ringkas turut diadakan sebelum berbuka.

Selepas berbuka secara ringkas dan solat Maghrib berjemaah, tetamu menjamu selera dengan juadah berbuka yang disediakan. Penyampaian 'duit raya' turut diadakan kepada anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir dan disampaikan sendiri oleh Dato' Pengerusi YBK. Majlis disudahi dengan solat Isyak dan Tarawikh berjemaah dan jamuan moreh.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;