SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Tanjung Karang dan Sekinchan menyaksikan lima (5) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 5 Jun 2017 dan dilaksanakan oleh En. Zulkifli Zali dan kakitangan daripada Pusat Latihan YBK Kuala Selangor. Keluarga yang menerima adalah;

TANJUNG KARANG, 5 Jun 2017 - Hashim Bin Abdullah bekas pesara JPJ yang telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Mei 2017 dan meninggalkan 12 orang anak-anak yang juga telah lama kehilangan ibu mereka yang telah meninggal dunia terlebih dahulu.

Tugas ketua keluarga kini telah diambil alih oleh anak yang ke 3 yang baru berumur 24 tahun yang menjalankan perniagaan sendiri sebagai seorang Pendawai Elektrik dengan purata pendapatan RM1000 sebulan. Seramai 5 orang adik-adiknya masih bersekolah rendah dan menengah, seorang yang sedang melanjut pelajaran di Politektik dan seorang sedang mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  2 orang ahli keluarganya juga telah bekerja bagi membantu mengurang beban menanggung keluarga iaitu salah seorang abangnya bekerja di Puchong dan seorang lagi adiknya bekerja dikampung manakala 2 orang lagi tidak bekerja atas faktor kesihatan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 3614 4365. Sumbangan ini adalah dari Kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse.

SEKINCHAN, 5 Jun 2017 - Puan Noraini Binti Masturi seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami yang telah kembali ke Rahmatullah pada Jan 2017 memperolehi pendapatan hasil berniaga kecil-kecilan sebagai penjual nasi lemak.

Dengan pendapatan antara RM400 ke RM500 sebulan hasil menjual nasi lemak beliau juga melakukan kerja- kerja lain seperti pembantu kedai bagi menambah pendapatan bulanan bagi menanggung pelbagai perbelanjaan dari membayar sewa rumah hingga kepada menanggung persekolahan 3 orangnya yang masih bersekolah rendah dan menengah dan seorang yang sedang menyambung pengajian. Dari seramai 6 orang anaknya, 2 orangnya lagi telah berumah tangga. Ketika kunjungan kami ke rumah beliau, beliau telah keluar bekerja dan hanya anak-anak yang bersekolah sahaja berada dirumah dan sumbangan disampaikan kepada anak beliau.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 386 8351 dan sumbangan ini adalah daripada Dato' Ahmad Fuad Bin Hj Ami Rouse.

SEKINCHAN, 5 Jun, 2017 - Kembara Sinar Kasih Ramadhan (SKR) ke Sekinchan, Selangor. Pn. Hasimah Bt. Paiman merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan 6 orang anak . Beliau telah kematian suami sejak tahun 2015.

Sejak kematian suami beliau tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anak yang kelima iaitu adik Siti Noor Hajanatul afzan (13 tahun) yang mengidap penyakit kanser & terpaksa menjalani rawatan kimoterapi setiap bulan. Bagi menampung perbelanjaan keluarga, anak pertama & kedua iaitu Siti Noorhasrizan (24 tahun) & Mohd Nor Harfizam (22 tahun) telah bekerja sebagai Juruwang & Pembantu Store. Selain itu Pn. Hasimah juga ada membuat & menjual ikan pekasam secara kecil-kecilan. Beliau juga mendapat bantuan bulanan , persekolahan anak & bantuan raya dari Lembaga Zakat Selangor. Rumah yang beliau tinggal sekarang adalah rumah bantuan zakat yang didirikan di atas tanah milik ibu beliau.

Bagi meringankan bebanan, Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-3031464. Sumbangan SKR adalah daripada Dato’ Ahmad Fuad Bin Haji Ali Rouse.

SEKINCHAN, 5 Jun 2017 - Kembara Sinar Kasih Ramadhan (SKR) menyusuri ke Daerah Sekinchan, Selangor. Kami mengunjungi Puan Salamiah Bt Awang yang merupakan seorang ibu tunggal yang telah kematian suami pada tahun 2014.

Beliau mempunyai 5 orang anak, 4 orang masih bersekolah dan seorang lagi yang sulong baru mendapat pekerjaan di Pekan Sekinchan. Selepas kehilangan suami tercinta, bagi menyara keluarga Puan Salamiah bekerja di sebuah gerai makan sebagai pembantu kedai dengan pendapatan bulanan RM700. Beliau juga mengusahakan sekeping sawah padi peninggalan arwah suami sebagai sebahagian mata pencarian bagi menyara anak-anak dan menjaga ibu yang tinggal bersama mereka. Selain itu beliau juga mendapat bantuan bulanan dari Lembaga Zakat Selangor. Kini beliau tinggal di rumah pusaka peninggalan suami.

Sumbangan yang disampaikan adalah hasil sumbangan SKR daripada Dato' Ahmad Fuad bin Hj Ali Rouse. Sekira ada yang sudi membantu mengurang beban keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 271 3345

SEKINCHAN, 5 Jun, 2017 - En Ali B. Siron merupakan seorang peniaga kuih-muih serta makanan berlauk di tepi jalan. Dengan Purata pendapatan sebanyak RM1000 sebulan.

Beliau membesarkan 9 orang anak dimana seramai 4 orang masih bersekolah, 2 orang baru berumur 2 tahun dan 3 orang bekerja di kampung. Perniagaan beliau dibantu oleh isteri dan anak2. Beliau juga merupakan penerima bantuan zakat LZS sejak 4 tahun lepas. Beliau kini tinggal di rumah pusaka peninggalan ibu bapa.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 351 8539. Sumbangan SKR daripada Dato’ Ahmad Fuad Bin Haji Ali Rouse.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;