SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di Kluang, Johor menyaksikan empat (4) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 8 Jun 2017 dan turut disertai oleh Dato' Hj. Bing Selamat Amir, ALPA YBK serta isteri, Datin Tisah Md Taha. Turut bersama, En. Hashim Anang daripada Kumpulan Media Karangkraf. Keluarga yang menerima adalah;

KLUANG, 8 Jun 2017 – En Zulhairam bin Ma’on, 41 tahun bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang berdekatan rumahnya. Dengan pendapatan kasar berjumlah RM1,500.00 sebulan beliau menampung kehidupan bersama isteri Pn Noorlila Hasni binti Said dan 6 orang anak.

Anak sulong Azizi Ikmal Danial 19 tahun telah bekerja. Nurul Syuhada 17 tahun, Asyraf Firdaus, 14 tahun anak ketiga dan Nurul Syuizzatul Balqis belajar di SMK Taman Sri Kluang. Manakala Said Putra Iskandar 8 tahun bersekolah di Sek. Keb. Tengku Mahmood 2. Anak bongsu berusia 2 tahun 1 bulan, Nurul Nufadeliyshah belum bersekolah. Anak keempat keluarga ini, Nurul Syuizzatul Balqis 13 tahun menghidap penyakit lemah jantung dan semput baru saja selesai menjalani pembedahan pada bulan Disember lepas. Sehingga kini Nurul Syuizzatul Balqis perlu mendapatkan rawatan dari masa ke semasa di hospital Kluang.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini diterima daripada Puan Rogayah binti Mohd Hassan. Keluarga ini boleh dihubungi melalui no 013 785 0975.

KLUANG, 8 Jun 2017 - Seterusnya rombongan kami ke rumah keluarga En Abdul Jalal bin Turiman yang tinggal menyewa di Kg Betong Dalam. Menyara kehidupan keluarganya dengan mengambil upah menjaga kebun tuan rumah dengan pendapatan bersih lebih kurang RM700 sebulan setelah ditolak sewa rumah sebanyak RM150.

En Abdul Jalal (51 tahun) dan isteri Pn Noraini bt Mohd Yusof ( 44 tahun) juga tidak mensia-siakan kawasan terbiar di hadapan rumah mereka dengan menanam ubi yang mana hasilnya dapat menampung keperluan hidup mereka. Anak-anak mereka (Siti Balqis, 22 tahun) menuntut di Nilai, Mohd Marwan 20 tahun kini belajar di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di Kulai Jaya manakala kedua anak kembar (Hassan Sazli & Hussin Toha, 15 tahun bersekolah di SMK Taman Sri Kluang.

Keluarga ini boleh dihubungi melalui talian 017-7769959. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan untuk keluarga ini diterima daripada Puan Naimah binti Abdul Rahman.

KLUANG, 8 Jun 2017 - Puan Shilla binti Borhan 32 tahun, seorang isteri dan ibu yang memikul beban keluarga lantaran sikap tidak bertanggungjawab sang suami, menyara hidup 7 orang anak dan seorang lagi masih dalam kandungan dan bakal dilahirkan pada bulan September ini. Mereka sekeluarga telah 2 bulan menyewa sebuah rumah di Taman Sri Impian, Kluang dengan sewa sebanyak RM350.

Ibu tabah ini perlu berjalan kaki dan sesekali menumpang kenderaan jiran untuk membeli peralatan dan keperluan harian kerana tidak mempunyai sebarang kenderaan. Kesungguhan Puan Shilla membuat kek untuk majlis2 perkahwinan telah mendapat perhatian Jabatan Pertanian Johor dan telah menyumbang sebuah ketuhar gas. Puan Shilla juga dibantu oleh nenek beliau untuk menyiapkan tempahan biskut raya pelbagai jenis bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Mohd Darwish Shifa dan Nur Damia Shifa, 8 tahun Nur Khalisya Shifa 7 tahun bersekolah di Sek Keb Abd Rahman Yasin. Mohd Danish Shifa 5 tahun, Mohd Rayyan Shifa 4 tahun, Nur Sofea Shifa 2 tahun masih belum bersekolah manakala anak bongsu berusia 7 bulan Mohd Syahmie Shifa telah ditinggal sementara dibawah jagaan makcik beliau lantaran kesihatan si kecil yang tak mengizinkan.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini diterima daripada Puan Sri Nur Zaidah Mohd Sharif. Keluarga ini boleh dihubungi melalui no 013 781 2998.

KLUANG, 8 Jun 2017 - Puan Aslinda binti Arbain, 45 tahun seorang ibu tunggal yang telah kematian suami hampir 2 tahun yang lalu. Kehidupan beliau kini bersama-sama 5 orang anak menyewa sebuah rumah di Taman Kurnia, Kluang dengan bayaran sewa sebanyak RM400 sebulan.

Pemergian suami tercinta tanpa disangka telah menyebabkan Puan Aslinda menghadapi tekanan perasaan seketika lantaran beliau tidak pernah bekerja. Keperihatinan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi bantuan bulanan sebanyak RM450 sedikit sebanyak dapat menampung keperluan harian keluarga ini. Peninggalan arwah suami dengan pencen ilat daripada SOCSO sebanyak RM450 juga dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

Tanpa sebarang kemahiran dan pengalaman dalam pekerjaan tak banyak yang boleh dibuat oleh Puan Aslinda untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga. Namun begitu, beliau tak berputus asa mula belajar membuat kek dan kuih muih kemudian di hantar ke pejabat-pejabat untuk dijual. Pendapatan bersih yang pernah diterima tidak lebih daripada RM 400.00 sebulan.

Kos perbelanjaan yang meningkat saban hari sangat membebankan keluarga ini menyebabkan Puan Aslinda tidak mampu untuk membayar sewa rumah dan mengambil keputusan membawa anak-anak balik ke kampung beliau di Kulai pada hujung tahun ini. Anak sulong berusia 17 tahun, Nursyahinda Atilah adalah seorang pelajar harapan di Sekolah Menengah Tinggi Kluang. Nursyahinda Arianna 15 tahun bersekolah di SMK Tengku Anis Bendahara, Mohd Asheedin 12 tahun dan Nursyahinda Asyifa 8 tahun bersekolah di Sek Keb Tengku Mahmood 2 dan anak bongsu Nursyahinda Aleesyah 4 tahun belum bersekolah.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini diterima daripada Puan Suryati Yaakob. Keluarga ini boleh dihubungi melalui no 013-7776095

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;