- Hit: 1452
Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menyampaikan sumbangan duit raya @RM100.00 setiap orang kepada 200 orang dari kalangan keluarga miskin 2 buah masjid di Pontian.
Majlis Sumbangan Ramadhan masjid tersebut dimulakan tadarus dan khatam AlQuran oleh kariyah masjid
Masjid Sungai Besar Benut | seramai 100 orang miskin dari kampung sekitar Sg Besar Benut (2.30 ptg). Manakala Masjid Api-Api Pontian | seramai 100 orang penerima dari sekitar Api-Api Pontian besok 11/6/2017 jam 3.00 ptg.
YB Datuk Ahmad dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBK atas sumbangan setiap tahun kepada keluarga miskin Pontian.