SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Senggarang, Johor menyaksikan empat (4) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 11 Jun 2017 dan dibantu oleh Encik Roslan Hussin selaku sukarelawan YBK. Keluarga yang menerima adalah;

SENGGARANG, 11 Jun 2017 – Bersama sukarelawan En. Roslan Husin, team YBK hari ini bergerak ke Kampung Sungai Lurus, Senggarang, Johor. En. Johara bin Mohamed dan Pn. Asiah binti Ali telah menetap di alamat no. Tiang lampu 37, Kg Sungai Lurus lebih 50 tahun lalu.

Membina rumah di atas tanah yang disewa sambil mengambil upah menjaga kebun sawit tuan tanah dengan pendapatan RM600 keluarga besar ini meneruskan kehidupan. Selain anak seramai 8 orang yang mana 4 orang daripadanya masih bersekolah, En Johara juga menjaga ibu Pn Asmah binti Ali yang uzur berusia 68 tahun.

Anak sulong Norsyamimi 20 tahun dan yang kedua Mohd Syukri 19 tahun hanya tamat sekolah sehingga tingkatan 2 dan kini telah bekerja bagi membantu persekolahan adik-adik mereka. Mohd Azim 16 tahun, Mohd Yusri 15 tahun belajar di SMK Senggarang manakala Mohd Hakimi Irfan 11 tahun dan Mohd Aidil 8 tahun bersekolah di Sek Keb Senggarang. Mohd Khairul Asyraf 5 tahun dan Mohd Khairul Shaznad 4 tahun di jangka akan bersekolah di tadika yang sama tahun depan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 269 1016. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan kepada keluarga ini diterima daripada Puan Samsiah binti Md Dom.

SENGGARANG, 11 Jun 2017 - Dugaan hebat melanda En Othman bin Jaafar 53 tahun setelah kehilangan kedua belah kakinya pada tahun 2012 akibat penyakit kencing manis. Kejadian berlaku 3 bulan setelah rumah yang dibina untuk keselesaan keluarganya siap dibina. Sebelum ini beliau menyara keluarga dengan bekerja sebagai seorang nelayan namun setelah kehilangan kedua kaki En Othman terus kehilangan punca pendapatan. Tambahan pula beliau mengidap masalah jantung dan terkena serangan strok sehingga melumpuhkan sebelah badan.

Isteri beliau Pn Rukiah binti Kasnam hanya seorang surirumah dan tidak dapat membantu mencari pendapatan kerana keadaan En Othman yang memerlukan perhatian sepenuh masa. Kerumitan hidup keluarga ini telah membawa JKM untuk memberi bantuan bulanan untuk persekolahan anak-anak sebanyak RM450 dan bantuan OKU sebanyak RM200. Baitulmal juga telah menghulurkan bantuan bulanan sebanyak RM300 untuk menampung keperluan harian keluarga ini.

Kesemua 6 orang anak mereka masih bersekolah. Mohd Helmi 19 tahun di Politeknik Ungku Omar, Norhalimah 18 tahun belajar di UiTM Seremban, Mohd Hafizan 16 tahun belajar di SMK Senggarang, Norhanida 14 tahun dan Mohd Haikal 13 tahun juga bersekolah di SMK Senggarang. Nurhikmah anak yang bongsu berusia 11 tahun sedang belajar di Sek Kebangsaan Senggarang.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini diterima daripada Dato Samad Maharuddin. Keluarga ini boleh dihubungi melalui no 03 7875 0036 (Pn. Rozita)

SENGGARANG,  11 Jun 2017 – En Ahmad bin Abd Ghani, 84 tahun tidak lagi mampu bekerja juga menguruskan diri sendiri. Masalah sakit kaki dan semput yang dihidapi membatas pergerakan beliau. Isteri Pn Taslimah bt Rujiman 60 tahun yang mempunyai masalah kurang pendengaran juga tidak bekerja lantaran perlu menjaga suami yang uzur.

Anak-anak mereka Mohd Ridzuan, 29 tahun dan adik-adik beliau Sapihat & Akmal bekerja mengambil upah kutip kelapa tua di kebun orang dengan upah yang tidak menentu. Pendapatan daripada kerja yang dilakukan tiga beradik inilah yang menyara kehidupan mereka sekeluarga. Ketika kehadiran kami, tak banyak maklumat diperolehi tentang keluarga ini memandangkan masing-masing mempunyai masalah komunikasi.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini diterima daripada Puan Suryati Yaakob. Keluarga ini boleh dihubungi melalui no 012 661 5769.

SENGGARANG, 11 Jun 2017 - En Hasrin bin Mesran dan isteri Pn Suhaila Ismail tinggal di alamat 197. Kg Sg Lurus Laut, Senggarang bersama 4 orang anak. Rumah yang didiami adalah bantuan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada tahun 2010.

Memandangkan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, En Hasrin hanya dapat menyara kehidupan dengan mengutip buah kelapa tua yang ditanam di sekitar kawasan rumah mereka dan dijual terus kepada pemborong dengan pendapatan sebulan adalah sekitar RM600.00.

Anak-anak mereka Norizati Natasha, 18 tahun sedang menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran, Siti Nurhaliza Hanim 14 tahun belajar di Sek Men Keb Senggarang, Nurul Syafika Balqis 11 tahun di Sek Keb Senggarang dan Anak bongsu Mohd Farish Hakimi 4 tahun belum bersekolah.

Keluarga ini boleh dihubungi melalui talian 012 761 2824. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan untuk keluarga ini diterima daripada Puan Samsiah binti Md Dom.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;