PEKAN, 17 Jun 2017 - Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Parlimen Pekan yang berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah. Antara penyumbang zakat adalah Yayasan Basmi Kemiskinan sendiri, SME Bank, Bank Rakyat, Kumpulan Naza, Tabung Haji, Lembaga Pertubuhan Peladang. Majlis bermula pada jam 11 pagi.

YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya menyebutkan bahawa untuk tahun ini terdapat peningkatan daripada segi jumlah penerima iaitu seramai 6,734 orang di Parlimen Pekan dengan nilai zakat keseluruhan sebanyak RM 2.6 juta. Setiap wakil-wakil organisasi yang menyumbang telah melafazkan akad zakat di hadapan Perdana Menteri sendiri.

Dalam majlis yang sama, Dato' Zainal Abidin Sakom telah diberi penghormatan untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan kepada para hadirin.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;