SHAH ALAM, 19 Julai 2017 - Majlis Rumah Terbuka YBK dan YBKU Group telah diadakan hari ini di Dewan Ar-Raha, Seksyen 7, Shah Alam. Majlis yang berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 12 tengahari telah menerima kunjungan daripada hampir 500 orang tetamu yang terdiri daripada orang kenamaan, sukarelawan YBK, wakil-wakil media, serta kenalan dan rakan YBK dan YBKU Group.

Jamuan juadah Hari Raya disediakan kepada tetamu di samping beberapa menu istimewa, antaranya seperti kambing golek sebagai pembuka selera. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan ghazal dan penyanyi tersohor, Ayati Tasrip. Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom bersama menyambut dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir. Turut hadir, Dato' Bing Selamat Amir, ALPA YBK, para pegawai YBK dan YBKU Group.

Majlis selesai pada jam 4:30 petang. YBK dan YBKU Group mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka ini.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;