SINAR KASIH RAMADHAN 2017 (Fasa 3) di Kg Melayu Subang menyaksikan lima (5) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Ogos 2017 dan dibantu oleh Ustazah Norihan Che Hazmi dan guru pengiring daripada SMK Subang. Keluarga yang menerima adalah;

Puan Junaidah Abdul Rahmad adalah seorang ibu tunggal kematian suami yang bergantung harap kepada pencen ilat (SOCSO) suaminya sebagai punca pendapatan keluarga. Beliau yang tidak bekerja dan tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi bertuah kerana anak-anak beliau tidak pernah meminta-minta malah membantu beliau dalam menguruskan hal rumah tangga. Puan Junaidah tinggal di rumah sendiri peninggalan arwah suaminya.

Lima (5) orang anak beliau masih belajar – Mohd Shafiq Othman (26 – Universiti Teknologi Malaysia); Mastura Othman (23 – Universiti Malaysia Kelantan); Muhamad Shahid Othman (20 – Politeknik Tanjung Malim); Muhd Soleh Othman (16 – SMK Subang); dan Muslihah Othman (14 – SMK Kg Melayu Subang).

Sumbangan SKR 2017 oleh Kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse disampaikan oleh Ustazah Norihan Che Hazmi, guru kebajikan di SMK Subang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 374 7054.

Berdepan dengan isu tuan rumah yang cuba mengusir keluarganya akibat salah faham, En. Abdul Rahim Ahmad tidak berasa gusar malah cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut demi anak-anaknya. Rumah yang disewa keluarga ini adalah kurang sempurna di mana bekalan elektrik dan air terpaksa ‘dipinjam’ daripada jiran.

Isteri beliau telah meninggal dunia dan pemergiannya sedikit sebanyak telah merencatkan motivasi En. Abdul Rahim di mana beliau dahulunya berniaga secara kecil-kecilan telah berhenti akibat tidak berdaya bergerak sendirian.

Beliau dikurniakan 12 orang anak di mana 4 daripadanya masih belajar – Suhaila Abdul Rahim (17 – SMK Subang); Nazirah Abdul Rahim (15 – SMK Subang); Nurul Ain Abdul Rahim (14 – SMK Subang); Muhd Haikal Abdul Rahim (11 – SK Jalan U3); dan Muhd Haqimi Abdul Rahim (6 – tadika KEMAS).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 389 5366. Sumbangan SKR 2017 oleh Kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse.

Rumah keluarga ini betul-betul berhampiran ‘runway’ Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. En. Abdul Malik dahulunya merupakan seorang juruteknik di salah sebuah syarikat penerbangan ulung negara dan kemahirannya dalam urusan penyelenggaran pesawat adalah yang terbaik.

Walau bagaimanapun, akibat ‘downsizing’ yang dilaksanakan oleh syarikat penerbangan berkenaan, beliau telah diberhentikan kerja sejak setahun yang lalu. Keadaan menjadi lebih sulit apabila beliau menghidapi ‘slip disc’ dan keadaan ini memaksa beliau untuk tidak melakukan kerja-kerja berat dan buat masa ini punca pendapatan keluarga ini adalah daripada hasil jualan kuih secara harian oleh isteri beliau, Pn. Hazlina Zakaria.

Empat (4) orang anak beliau masih belajar – Amir Muzamil (21 – Kolej Yayasan Melaka); Amri Muaz (17 – SMK Subang); Aiman Muzakhier (12 – SK Subang); dan Anis Qistina (8 – SA Subang).  Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 396 0723.

Sumbangan SKR 2017 oleh Kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse.

Pn. Halimah Zakaria merupakan ibu tunggal OKU bisu di mana beliau berkomunikasi secara menulis dan bahasa isyarat ringkas. Tinggal di apartment kos rendah di Taman Subang Perdana, beliau menyara anaknya dengan bekerja di kilang Panasonic Seksyen 21, Shah Alam.

Beliau ditimpa musibah apabila anak sulung beliau, Aina Farhana (17 tahun) ditimpa kemalangan motosikal yang amat serius sehingga koma. Namun anak beliau kini telah sedar daripada koma dan memerlukan penjagaan rapi pihak hospital. Memandangkan beliau bekerja di kilang secara bersesi (shift), berulang-alik ke hospital menjaga anak beliau menjadi rutin biasa ketika ini. Dua orang lagi anak beliau, Nur Farisah Farihah dan Nurina Syazana, masih belajar masing-masing di sekolah menengah dan rendah.

Sumbangan 2017 oleh Kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse disampaikan oleh Cikgu Sharifah Zainab, guru SMK Subang. Pn. Halimah boleh dihubungi di talian 011 2388 6946.

Dahulunya bekerja di pusat kecantikan atau spa namun berhenti akibat tekanan kerja, Pn. Hajijah Md Nor, seorang ibu tunggal, kini menjalankan khidmat mengurut secara perseatas permintaan memandangkan beliau memiliki kemahiran tersebut. Beliau menyara keluarganya dengan kerja ini tetapi pendapatannya adalah tidak menentu.

Beliau tinggal di rumah tanah lot yang disewa dengan kadar RM450 sebulan, hampir separuh pendapatan kasar beliau. Bantuan daripada agensi berwajib tidak pernah diminta kerana beliau percaya kemampuannya untuk menyara keluarga masih lagi di tahap tertinggi. Dua (2) orang anak beliau masih lagi belajar – Nur Shafiqah Abdullah (16 tahun – SMK Subang) dan Intan Nur Safrina Abdullah (10 tahun – SK Subang).

Sumbangan SKR 2017 oleh Kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse disampaikan oleh Cikgu Sharifah Zainab, guru SMK Subang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 322 7053.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;