- Hit: 1339
SINAR KASIH RAMADHAN 2017 (Fasa 3) di Sabak Bernam menyaksikan dua (2) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 29 Julai 2017 dan dibantu oleh Pn. Rozita Abdullah. Keluarga yang menerima adalah;
En. Abdul Razak Kasbullah tinggal di rumah bernombor 45, Desa Kasih Merbau Berdarah bersama isteri, Pn. Lailatul Zuhroh. Beliau yang tidak bekerja kini tinggal di rumah kerana menghidapi penyakit jantung dan batu karang serta akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Dalam serba kekurangan, beliau masih menanggung anak-anak masih belajar – Zulihafnida (20 tahun); Mohd Fikri; dan Mohd Isa. En. Abdul Razak boleh dihubungi di talian 013 357 5686. Sumbangan SKR 2017 oleh Pn Norhana bt Endut.
Menyara keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung, En. Shahriramadan Ramly dan isteri, Pn. Noor Ain Othman tinggal menyewa di Parit 12, Sg Panjang. Shahriramadan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kesan daripada kemalangan yang dialaminya tahun lepas sehingga perlu dimasukkan besi.
Pasangan muda ini dikurniakan 4 orang anak dan 3 daripadanya telah bersekolah – Muhd Adam Taufiq (7 tahun); Mohd Afiq Mukhriz (6 tahun); Nur Syaffa Aqiera (4 tahun); dan Nur Syafiyya Aiysha (2 tahun).
En. Shahriramadan boleh dihubungi di talian 013 220 9755. Sumbangan SKR 2017 oleh En Adzwan Fareezan bin Abdullah.