SINAR KASIH RAMADHAN 2017 (Fasa 3) di Kelantan berlangsung pada 12 Ogos 2017. Keluarga yang menerima adalah;

TELONG (KELANTAN) – Puan Norizan bt Yaakob, seorang ibu tunggal yang baru kematian suami pada awal tahun ini, menyebabkan hilangnya tempat bergantung.  Anak ketiga beliau, Mohd Nasrul (23 thn) yang memikul tanggungjawab arwah ayahnya, membela nasib ibu dan adik-adiknya. Bekerja menjadi pembantu di kedai hardware di pekan Bachok, tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan, namun dia tetap bersyukur, dengan penat lelah sehariannya bekerja, dapat mengalas perut ibu tercinta.

Abang sulungnya, Mohd Luqman hanya berkebun dan sudah mempunyai isteri dan anak sendiri yang menjadi tanggungjawabnya.  Nuurul Atikah, anak sulung perempuan keluarga ini, sudah berkahwin dengan rakan sekampung dan beliau tidak bekerja. 4 adiknya yang masih bersekolah dan melanjutkan pelajaran ke menara gading ialah, Siti Bali’s (19 thn), Mohd Azmi Aima (18 thn), Nurul Amilin Aisyah (14 thn) dan Natasha Admin (11 thn)

Arwah ayahnya tidak meninggalkan harta, namun, tempat berteduh mereka sekeluarga adalah hasil tangan arwah ayahnya di Kg Telaga Gayong, Beris Lalang, Kelantan.  Mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM200 sebulan, dapatlah menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-9025094.

Sumbangan SKR 2017 oleh Kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;