SINAR KASIH RAMADHAN 2017 (Fasa 3) di Kalumpang, Selangor, menyaksikan lima (5) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 7 Ogos 2017 dan dibantu oleh Cikgu Ahmad Zaki Yahut daripada SMK Kalumpang. Keluarga yang menerima adalah;

KALUMPANG, 7 Ogos 2017 - En Jefri Zain bin Nadzri merupakan bekas pekerja Proton yang mengalami kanser darah.  Tidak bekerja lagi setelah disahkan mengidap kanser darah tahap 3 sejak 2 tahun yang lalu.  Sering berulang alik ke Hospital Besar Ipoh untuk mendapatkan rawatan susulan akibat penyakitnya itu.

Mempunyai  4 orang anak  yang sulung Ahmad Naqiuddin 24 tahun, Nurul Hidayah, 21 tahun, Nurul Fatihah, 14 tahun, Nurul Hikmah , 12 tahun dimana 3 orang masih belajar.  Isterinya berniaga menjual barang-barang lama setiap hujung minggu di Shah Alam untuk mencari sumber pendapatan sejak suaminya sakit.

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

KALUMPANG, 7 Ogos 2017 - Pn Norazizah bt Abd Wahab merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Dua dari lima orang anaknya telah bekerja bagi membantu ibu mereka meringankan beban.  Hanya mendapat bantuan dari zakat untuk persekolahan anak dan raya sahaja.

Sumber pendapatan adalah dari mengasuh anak-anak jiran seramai 3 orang.  Di samping itu beliau bekerja sambilan di kedai makan bagi menambah sumber pendapatan di sebelah malamnya.

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

KALUMPANG, 7 Ogos 2017 – Puan Faziatun Afidah bt Ab Razak bekerja di Kem Hotspring sebagai tukang masak bagi menampung kehidupan 5 orang anak yang masih bersekolah.  Seorang anaknya merupakan OKU (PDK Kalumpang).  Mendapat bantuan zakat untuk anak-nak yang masih bersekolah.

Suaminya hilang tanpa khabar berita sejak bertahun lalu dan semenjak itulah beliau tinggal bersama ibunya yang boleh menjaga anak-anaknya setelah keluar bekerja. Sumbangan ini diwakilkan kepada ibunya.

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

KALUMPANG, 7 Ogos 2017 - En Azhari bin Hamsah merupakan seorang pesara tentera dan mempunyai 7 orang anak.  Dua orang anaknya baru menamatkan pengajian di Universiti dan Kolej Komuniti.  En Azhari mengalami sakit jantung dan paru-paru dan hanya bergantung kepada pencen tentera sahaja. 

Isterinya Puan Norsiah bt Mat Junus juga tidak sihat kerana mengalami sakit lutut akibat kekurangan gris di lututnya dan sering berulang alik ke hospital.  Bergantung harap pada anak-anaknya agar mereka mendapat pekerjaan yang baik untuk masa hadapan.

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

KALUMPANG, 7 Ogos 2017 – Encik Aidil bin Abd Majid merupakan pesara tentera dan mempunyai 5 orang anak di mana 3 darinya masih bersekolah.

Isterinya, Pn Salmah Abd Hamid bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang berhampiran.  Anak yang sulung Mohd Amirul Hafiz berusia 24 tahun masih belajar di Giat Mara, Kalumpang. 

Hanya anak yang kedua Mohd Amiruddin berusia 22 tahun sahaja yang bekerja untuk membantu keluarga.  Adik- adik yang lain masih lagi belajar di Sekolah Menengah dan bakal mengambil peperiksaan SPM dan PT3.

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;