KUALA SELANGOR, 17 Ogos 2017 - Pusat Latihan YBK (PLYBK) akan menyambut ulang tahun ke-25 pada 18 Ogos 2017 dan pada malam ini, satu majlis telah diadakan sebagai tanda kesyukuran daripada pengurusan PLYBK. Tetamu khas yang dijemput ke majlis ini adalah YB Tuan Jakiran Jacomah, ADUN Bukit Melawati, Kuala Selangor. Turut hadir, YBhg. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan isteri, Datin Hartini Osman; Dato' Hj. Bing Selamat Amir, ALPA YBK merangkap Pengerusi Modal Insan YBK, pegawai-pegawai dan wakil daripada YBK, Asrama Kasih YBK, Akademi Kemahiran YBK, alumni dan mantan kakitangan PLYBK, dan tetamu-tetamu jemputan yang lain.

Majlis bermula seawal jam 7:30 malam dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan tahlil, disusuli dengan solat Isyak berjemaah. Kemudian tetamu bergerak ke khemah utama untuk jamuan makan dan menyaksikan persembahan daripada pelajar-pelajar PLYBK. Turut dipaparkan, tayangan video berkenaan PLYBK. Dato' Hj. Bing Selamat Amir kemudiannya menyampaikan ucapan aluan, kemudian disusuli dengan ucapan daripada Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom. YB Tuan Jakiran Jacomah, kemudiannya menyampaikan ucapan perasmian Majlis Kesyukuran 25 Tahun PLYBK. Selesai ucapan, sesi menandatangi plak 25 tahun PLYBK dilaksanakan di pentas utama oleh YB Tuan Jakiran sendiri dan pemotongan pulut kuning.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat dan 'majlis kecil' sambutan hari lahir Dato' Pengerusi YBK. Sesi fotografi dengan seluruh warga PLYBK turut dilaksanakan dan majlis selesai sepenuhnya pada jam 12:30 tengah malam.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;