SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di sekitar Tanjong Malim, Perak dan Sg Tengi, Selangor, menyaksikan enam (6) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 14 Jun 2017 dan dibantu oleh En. Romdani Shariff dan Pn. Norleza Hambali daripada Akademi Kemahiran YBK Gesir. Keluarga yang menerima adalah;

KG LUBUK SALAK, 13 Jun 2017 - Nada Aqilah baru kehilangan ayah tersayang pada 3 Jun 2017 manakala ibunya telah meninggal dunia 3 tahun lepas.

Dia merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Sebagai anak sulung beliau terpaksa memikul tugas sebagai ayah dan ibu untuk adik-adiknya. Dengan umur 22 tahun beliau terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan sekeluarga walaupun ketika ini beliau masih belajar jarak jauh di UITM. Beliau bekerja sebagai pembantu di mini RTC Slim River bagi membiayai adik-adiknya yang semuanya masih bersekolah. 

Setiap hujung minggu beliau ke Shah Alam untuk mengikuti pengajiannya. Pada masa sekarang keluarga ini menumpang di rumah pakcik beliau di Kg. Lubuk Salak, Tg. Malim.

Adik-adik beliau terdiri daripada Nadhir Bar bin Amran Sikin 20 tahun (IKBN Jitra), Nadhir Alif bin Amran Sikin 18 tahun (SMK Khir Johari), Nada Awatif binti Amran Sikin 14 tahun (SM Sains Tapah), Nada Najwa binti Amran Sikin 11 tahun (SK Nan Kaya Kg. Kelawar) dan Abdulah Nadir Aish bin Amran Sikin 5 tahun (Pra Kemas Kg. Kelawar).

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan bolehlah berhubung dengan Nada Aqilah di talian 017 3088565. Sumbangan SKR daripada PERKEP Batalion 4 PGA Semenyih.

 TANJUNG MALIM, 26 Julai 2017 - Saiful Anuar bin Arshad yang berniaga nasi lemak pada sebelah pagi manakala di sebelah petang hingga malam beliau menjual burger sebagai sumber pendapatan utama.

Pendapatan berniaga kecil-kecilan yang tidak menentu digunakan untuk menampung pembelajaran 4 orang anaknya. Pelbagai kerja beliau usahakan bagi menambah pendapatan.

Anak sulung, Saiful Amira Aiza 21 tahun belajar di UITM di mana yuran pembelajarannya ditanggung sendiri. Dua orang anaknya Shaiful Ameer Aiman 20 tahun dan Shaiful Adlin Ashykeen 18 tahun juga belajar di UITM dengan pembiayaan pengajian PTPTN. Anak bongsu beliau Shaiful Addin Adinda 7 tahun bersekolah di Sek. Keb. Proton City, Tg.Malim.

Beliau tinggal menyewa dengan bayaran sewa sebanyak RM500.00 sebulan. Perniagaan beliau dibuka sepanjang waktu dengan dibantu isteri bagi memastikan pendapatan mereka mencukupi untuk menampung perbelanjaan sekeluarga. No telefon beliau 017 5832159. Sumbangan SKR daripada PERKEP Batalion 4 PGA Semenyih.

 TANJUNG MALIM, 14 Jun 2017 - Mohd Rozihan bin Wahab bekerja sebagai operator kilang menanggung 8 orang anak di mana 7 orang anak beliau masih bersekolah.

Isteri beliau merupakan surirumah sepenuh masa. Anak- anak beliau terdiri daripada Muhammad Khairul Afiq 17 tahun (Kompleks Ilmu Al-Azhari), Nurathirah Zahra 15 tahun (SMK Khir Johari), Nurasmaa Husna 14 Tahun (SMK Khir Johari), Nuraina Salihah 12 tahun (SK Proton City), Ahmad Ammar Syawal 10 tahun (SK Proton City), Nur Ain Batrisyia 8 tahun (SK Proton City), Nuraisya Humaira 5 tahun (Pra SK Proton City) dan Muhammad Fateh Aiman 3 tahun.

Pendapatan sebagai operator kilang menyebabkan beliau terpaksa berjimat cermat untuk memastikan keperluan makan minum dan sekolah anak-anak mencukupi.

Di samping keperluan anak-anak, beliau juga perlu memastikan bayaran rumah sewa yang dijadikan tempat tinggal mereka sebanyak RM450.00 sebulan dapat dibuat. Beliau boleh dihubungi di nombor tel. 013 3193384. Sumbangan SKR daripada PERKEP Batalion 4 PGA Semenyih.

 TANJUNG MALIM, 14 Jun 2017 - Khairol Arman bin Ahmad pernah hidup selesa pada masa dahulu akan tetapi setelah perniagaan beliau mengalami kegagalan dan ditambah lagi dengan kemalangan yang menyebabkan kaki beliau dimasukkan besi, kehidupan beliau mula berubah.

Pendapatan isteri sebagai pembantu tadbir itulah digunakan bagi menampung makan minum, persekolahan anak-anak dan sewa rumah. Bagi menambahkan pendapatan keluarga, beliau bekerja di bengkel kawannya sekiranya dipanggil pada waktu malam. Manakala pada waktu siang beliau terpaksa menguruskan anak-anaknya yang seramai 6 orang.

Anak En.Khairol yang sulung bernama Muhammad Aisy Hakim, 10 tahun (SK Proton City), kedua Muhammad Aisy Wafiy 9 tahun (SK Proton City),ketiga Nur Aisy Zabirah 6 tahun (Pra SK Proton City), ke empat Nur Aisy Zarifah 6 tahun (Pra SK Proton City),ke lima Nur Aisy Faqihah 4 tahun dan Muhammad Aisy Danish 9 bulan merupakan anak bongsu beliau.

Semasa lawatan kami, anak-anak beliau sedang membantu menbasuh dan menyidai pakaian. Sewaktu ziarah ini juga didapati peralatan rumah iaitu TV dan Peti sejuk beliau telah rosak.

Khairol Arman boleh dihubungi 013 6336880. Sumbangan SKR daripada PERKEP Batalion 4 PGA Semenyih.

 TANJUNG MALIM, 21 Jun 2017 - Pn. Eva bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai dobi yang bernama Kedai Dobi RM2 di Gemilang Avenue, Proton City.

Beliau tinggal menumpang di kedai dobi tersebut bersama 3 orang anak kerana tidak mampu untuk menyewa rumah. Anak-anak Pn. Eva terdiri daripada 3 orang iaitu Muhammad Rikki Ady Fashla b. Mohd Razali 11 tahun, Mohamad Ryan Saddam Alvyan b. Mohd Razali 8 tahun dan Aisyah Humaira binti Mohd Razali 5 tahun.

Suami Pn. Eva baru 2 bulan meninggal dunia akibat sakit jantung. Anak-anak beliau telah dua bulan tidak bersekolah akibat kesempitan kewangan. Sebelum ini anak-anak beliau tinggal di Kelantan.

Walaubagaimanapun, setelah suaminya meninggal dunia, mereka telah berpindah ke Tg. Malim. Pihak komuniti setempat telah menolong beliau untuk urusan persekolahan anak- anaknya. Beliau boleh dihubungi di talian 018 2277209. Sumbangan SKR adalah dari PERKEP Batalion 4 PGA Semenyih.

 SG TENGI, 11 Julai 2017 – Muhammad Hafizuddin (18 tahun) diambil menjadi pelatih di Akademi Kemahiran YBK pada awal tahun 2017.  Peratus kedatangan ke kelas yang semakin merosot mendorong, Puan Norleza Hambali selaku Pengetua ‘merisik’ keadaan sebenar pelatihnya ini. 

Bermula dari cerita kawan-kawan sekuliah, beliau ke rumah Hafizuddin, bertemu dengan Noraziah bt Kamaruddin, seorang ibu tunggal.  Noraziah kini kerap ke hospital menjalani pemeriksaan bagi mengetahui letak duduk penyakitnya.  Darah merah yang menjadi nadi menyebarkan oksigen keseluruh anggota didapati musnah dan semakin berkurangan.  Pihak doktor tidak dapat mengesahkan penyakit yang dihidapinya, namun metabolism badan Noraziah semakin melemah. 

Noraziah tidak lagi dapat keluar bekerja dan menyara kehidupan mereka sekeluarga menyebabkan, Hafizuddin terpaksa ‘curi-curi’ keluar masa kuliah untuk bekerja.  Baginya, tiada jalan lain untuk mendapatkan duit selain beliau yang keluar bekerja bagi menampung keperlua harian adik-adik dan ibunya.

Mendapat bantuan dari Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 300 sebulan, digunakan untuk keperluan sekolah anak-anaknya.   Mereka sekeluarga berteduh di rumah milik suaminya, di No 358, Jalan Puteri Felda Sungai Tengi.  Anak-anak yan lain, Norshahira Aliya (17 tahun), Mohamad Amriez Nuqman (12 tahun) dan Mohammad Muzzamil Haikal (10 tahun), masing-masing masih bersekolah di SMK Bandar Baru Batang Kali, SK Sungai Tengi dan SK Gesir Tengah.

Keluarga ini boleh dihungi di talian, 011-10919474. Sumbangan SKR 2017 oleh Mak Esah dan Puan Normala telah disampaikan oleh Puan Norleza Hambali, Pengetua Akademi Kemahiran YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;