SINAR KASIH RAMADHAN 2017 (Fasa 3) di Pulau Pinang menyaksikan tiga (3) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 14 Ogos 2017 dan dibantu oleh sukarelawan daripada Yayasan Ehsan Permatang Sintok. Keluarga yang menerima adalah;

Siti Noor bt Hussain merupakan seorang ibu yang cukup cekal menghadapi dugaan hidup. Semasa sumbangan SKR ini dihantar rumah yang disewa oleh keluarga ini baru mengalami kebakaran. Hampir keseluruhan rumah ini terbakar.  

Puan Siti Noor berpendapatan RM200 sebulan dengan mengambil upah menjahit. Tinggal bersama 4 orang anaknya iaitu Sharifah Najwa (20 tahun – bekerja sementara), Syed Aiman Najmi (17 tahun – SMK Sg Dua), Syarifah Aimi Najwa (14 tahun - SMK Sg Dua) dan Sharifah Aimi Najla (13 tahun - SMK Sg Dua) menyewa di No 3499 Sg dua, 13800 Butterworth. Pada masa ini tiada bantuan yang diterima oleh Pn Siti Noor sekeluarga daripada mana-mana pihak.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 017-5453489.

Mohd Faisal b Ismail bekerja sebagai kerani di depoh kontena Prai dengan pendapatan sekitar RM1200 sebulan. Tetapi sejak 3 minggu yang lalu En Faizal terlantar di Hospital Kepala Batas sehingga lawatan serahan SKR ini, pihak hospital masih lagi menjalankan kajian penyakit yang sedang dihadapinya.

Keluarga En Faizal tinggal di Kg Pokok Cempedak, 13100 Penaga, Seberang Prai Utara. Isterinya Pn Faizah Hassan tidak bekerja manakala 2 orang anaknya bersekolah iaitu Nurul Farisya (10 tahun), Muhammad Faris (8 tahun) dan Muhammad Fahmi (3 tahun).

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 017-5121979.

Keluarga terakhir yang dilawati bagi SKR Pulau Pinang ialah En Basyirun Mat Isa dan Puan Hayati Mohd Nor. Tinggal di No 172, Lorong Semarak 2, Taman Semarak, 08000 Sg Petani Kedah. En Basyrun bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan sekitar RM1200.00 sebulan. Baru menjalani rawatan jantung 4 bulan yang lalu. Manakala Pn Hayati merupakan surirumah sepenuh masa.

Keluarga ini mempunyai 4 orang anak yang masih belajar iaitu Nurfatin Najwa (14 tahun), Muhammad Faris Najmi (12 tahun), Mohammad Faiz Naufal (9 tahun), Muhammad Fahmi (8 tahun), Muhammad Fariz (4 tahun) dan Muhammad Farhan (1 tahun).

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019-4803688.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;