KUALA LUMPUR, 1 Mei 2017 - Hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Antologi Cerpen 'Mimpi Dalam Realiti' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Pesta Buku Antarabangsa 2017. Antologi ini yang diterbitkan dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf merupakan koleksi 25 cerpen terbaik bertemakan kemiskinan daripada Pertandingan Menulis Cerpen Kemiskinan yang dianjurkan YBK sempena Sambutan Jubli Perak.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut bersama, Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK; Datuk Hussamuddin Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf; Dato' Bing Selamat Amir, ALPA YBK; barisan pegawai YBK dan Kumpulan Media Karangkraf.

Antologi ini boleh didapati dengan harga istimewa di kedai buku Kumpulan Media Karangkraf atau pesanan melalui YBK. Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh menghubungi pejabat YBK di talian 03 7875 0036 sementara stok masih ada.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;