SERENDAH, 24 April 2017 – Mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan telah menganjurkan Forum Perdana di Asrama Kasih YBK Serendah melalui kerjasama dengan NGO-NGO di Hulu Selangor. Forum ini menampilkan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib, Imam Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur selaku moderator dan dibarisi oleh dua orang panelis tersohor – Ustaz Jabar Abdul Kahar (Juara Imam Muda Musim Ke-3) dan Ustazah Asni Abu Mansor (Pendakwah Bebas).

Majlis bermula pada jam 5 petang dengan persembahan nasyid dan qasidah daripada wakil-wakil NGO. Forum bermula selepas solat Maghrib dan didahului dengan ucapan aluan daripada Pengerusi YBK, Dato’ Zainal Abidin Sakom dan juga ADUN Batang Kali, YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan. Ahli panel telah mengupas tajuk ‘Hikmah & Iktibar Mikraj Nabi S.A.W.’ dengan baik sehingga mencuri tumpuan hampir 200 orang tetamu yang hadir. Turut bersama, Dato’ Bing Selamat Amir, ALPA YBK, pegawai-pegawai daripada YBK, Pusat Latihan YBK, Akademi Kemahiran YBK, Asrama Kasih dan tidak ketinggalan penduduk setempat.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada moderator, ahli panel dan wakil-wakil NGO yang telah menyumbang dalam memastikan Forum ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Cenderamata disampaikan oleh Dato’ Zainal Abidin Sakom sendiri kepada para penerima. Majlis tamat pada jam 11 malam.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;