- Hit: 1366
BUKIT KIARA, 2 Mei 2017 - Majlis Pelancaran Sinar Kasih Ramadhan 2017 telah diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Dato' Selamat Amir dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib; ahli jawatankuasa 'Mujahid Tulus'; para pegawai YBK dan tetamu jemputan dan para penyumbang.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat 261-263 dari Surah Al-Baqarah oleh Imam daripada Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Saiful Akmal Addanan. Ini disusuli dengan tayangan video berkenaan Sinar Kasih Ramadhan yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya.
Pada majlis tersebut, YBK telah menerima cek-cek sumbangan daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd., Permodalan YBK Sdn Bhd, Servecare Sdn. Bhd., PYBK Construction Sdn. Bhd.,Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd, Hikmah Cantik Sdn. Bhd. dan penyumbang-penyumbang yang lain.
Pengagihan sumbangan kepada penerima terpilih akan dilaksanakan bermula 20 Mei 2017 oleh pegawai dan sukarelawan YBK ke seluruh negara.