- Hit: 1361
HULU LANGAT, 15 Jun 2017 – En. Alius Alimin dan Pn. Norhayati Rahim tinggal di sebuah rumah sewa yang serba kekurangan dan sering dilanda banjir kilat di Sg Michu, Hulu Langat. Beliau baru berpindah ke rumah sewa ini kerana kediaman terdahulu, yang juga disewa, telah diambil kembali oleh tuan rumah.
Dengan menumpang berniaga sate di gerai keluarga, sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk menanggung keluarga walaupun pendapatan daripada hasil jualan adalah tidak tetap dan bergantung kepada permintaan. Isteri beliau, Pn. Norhayati baru bersalin anak ke 6, diberi nama Nur Arissa Marissa (1 bulan). Anak-anak pasangan ini yang lain adalah Mohd Hafiz (14 tahun), Nur Hazatul Ayuni (10 tahun), Mohd Syafiq (8 tahun), Aliff Aqasha (8 tahun), Nur Amanda Izzatie (3 tahun).
Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada PERKEP Batalion 4 PGA Semenyih. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 387 9244.