SINAR KASIH RAMADHAN 2017 (Fasa 3) di Gombak, Selangor menyaksikan empat (4) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 15 Ogos 2017. Keluarga yang menerima adalah;

GOMBAK, 15 Ogos 2017 - Pn. Che Mah Binti Kasmor (57 th) seorang ibu tunggal tinggal dirumah setinggan yang kecil bersama 4 orang anak remaja.

Beliau mempunyai penyakit sawan dan darah tinggi, tidak mempunyai sebarang pekerjaan hanya mengharapkan bantuan dari anak-anak yang bekerja kontrak dengan pendapatan yang tidak tetap.

Seorang anak beliau, Muhd Fauzi (32 th) adalah anak kurang upaya. Anak yang lain adalah Mohd Sya’aban (25 th), Mohd Khairul (24 th) dan Nurul Ain (28 th).

Sumbangan SKR 2017 oleh Tenaga Nasional Berhad telah disampaikan oleh Tn Hj Basharuddin Mohd Noor, Pegawai YBK.

GOMBAK, 15 Ogos 2017 - En.Razali Bin Moh Rais (38 th) bekerja sebagai penggali kubur dan lain-lain pekerjaan bagi menanggung isteri, Pn Roziah Bt Che Hat (29 th) dan 6 orang anak mereka. Isteri sedang mengandung anak ke-7 yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Tinggal dirumah setinggan yang kecil.

Anak-anak mereka ialah Mohd Fadli Shah (14 th) tidak bersekolah dan tinggal bersama nenek di Negeri Sembilan, Mohd Fadzi (13 th) bersekolah di Negeri Sembilan, Nur Fadziana (11 th), Mohd Haiqal (9 th), Mohd Hakimi (7 th) dan Mohd Aiman Asyraf (5 th).

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin telah disampaikan oleh mantan nazir Masjid Sg. Cincin, Ustaz Mansor. En. Razali boleh dihubungi pada talian no 017-2493593.

GOMBAK, 15 Ogos 2017 - En. Sulaiman bin Ibrahim (61 th) dan isteri Pn. Zaimah Bt Idris (49 th) tinggal bersama 8 orang anak dirumah yang beliau bina diatas tanah emak beliau.

Tidak mempunyai pekerjaan tetap, membuat kerja-kerja kampung sahaja. Anak-anak mereka ialah Mohd Azlan (19 th), Mohd Amirul (17 th), Nur Syahira (16 th), Nur Syafinas (15 th), Nur Syahana (13 th) anak kurang upaya, Mohd Aznil (11 th), Nur Syafiqah (10 th) dan Mohd Syahrul (8 th).

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dr. Mohamed Nazir bin Abu Bakar disampaikan oleh mantan nazir Masjid Sg. Cincin, Ustaz Mansor. En. Sulaiman boleh dihubungi di talian 012-6052283.

TUMPAT, 15 Ogos 2017 - En. Zulhilmi Bin Husin (58 th) dan isteri Pn.Wan Zanariah Bt Wan Omar (45 th) berniaga kedai minuman kopi. Pendapatan hanya sekitar RM700 sahaja sebulan. Tinggal dirumah setinggan diatas tanah milik orang lain. Keadaan rumah ini amat daif dengan lantai dapur yang telah reput dan berlubang-lubang. En. Zulhilmi menghidapi penyakit darah tinggi dan prostat, manakala isteri beliau juga mempunyai darah tinggi dan asma yang kritikal.

Kelima-lima anak mereka masih bersekolah ialah Muhammad Zulhafiz Aiman (16 th), Muhammad Zulhariz Adib (14 th), Muhammad Zulhafiq Azfar (11 th), Muhammad Zafran Arib (10 th) dan Puteri Zafirah Anisha (8 th).

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dato’ Abu Hanifah bin Nordin disampaikan melalui mantan nazir Masjid Sg. Cincin, Ustaz Mansor.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;