KG CHAM (Cambodia), 3 September 2017 - Program Qurban Cambodia YBK bagi tahun 2017 menyaksikan sebanyak 13 ekor lembu yang telah diamanahkan oleh peserta kepada YBK akan dikorbankan. Tiga (3) ekor akan dikorbankan di Kg Thom manakala bakinya di Kg Cham.

Kami bertolak dari Kg Cham tempat kami bermalam ke Kg O' Pel yang terletak 50 km ke utara dalam wilayah Kg Thom. Perjalanan ke sana agak mencabar kerana melalui denai licin dan jalan bertanah merah dan melalui kebun getah, gajus dan ubi kayu. Kami tiba di Maahad Tahfiz Abu Bakar As-Siddiq di kampung tersebut dan pada ketika itu penduduk kampung sedang bergotong-royong memasak jamuan kenduri.

Bermula jam 9:30 pagi, tiga (3) ekor lembu telah selamat dikorbankan oleh Ustaz Salleh (Tes Nen), daripada NGO Humanity and Muslim Development Organization (HAMDO). Kemudian jamuan kenduri bersama pelajar tahfiz dilaksanakan dan YBK telah memberikan sumbangan kepada pihak Maahad yang disampaikan oleh Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor selaku wakil YBK.

Kemudian kami bertolak semula ke Kg Cham untuk menyempurnakan qurban baki 10 ekor lembu. Ustaz Salleh sekali lagi mengetuai proses qurban sambil dibantu oleh penduduk kampung. Pada jam 1 petang, kesemua 10 ekor lembu telah selesai dikorbankan dan penduduk kampung bersama-sama melapah dan mengagihkan daging korban.

YBK mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang telah menyertai ibadah qurban Cambodia untuk tahun ini dan semoga amal qurban kita diterima di sisi Allah S.W.T.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;