SHAH ALAM, 19 September 2017 - Prihatin dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat Rohingya yang tertindas di negara Myanmar, YBK hari ini telah mengambil inisiatif untuk turut sama menyuarakan rasa simpati dan membantu dengan menyumbang kepada inisiatif 'Sinar4Rohingya' yang digerakkan oleh Kumpulan Media Karangkraf bersama lebih 100 NGO di seluruh negara.

Majlis penyerahan cek sumbangan berlangsung di Dewan Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf. Cek diserahkan oleh Pengerusi YBK, YBhg Dato' Hj Zainal Abidin Sakom dan diterima oleh wakil daripada Karangkraf. Turut menyaksikan, Datuk (Dr.) Hussamuddin Yaacub, Pengarah Urusan/CEO Kumpulan Media Karangkraf; Dato' Bing Selamat Amir, ALPA YBK, dan pegawai-pegawai daripada YBK dan Kumpulan Media Karangkraf.

Dato' Pengerusi YBK ketika ditemuramah SinarTV menyebutkan, inisiatif yang dilaksanakan oleh Karangkraf ini sewajarnya disokong dan YBK akan turut bersama dalam menyedarkan masyarakat berkenaan nasib malang yang menimpa masyarakat Rohingya ini.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;