KUALA LUMPUR, 13 November 2017 - Hari ini telah berlangsung Majlis Hi-Tea Mujahid Tulus Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2017 yang diadakan di Flora Kafe, Ampang. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada seluruh jawatankuasa yang telah menjayakan program Sinar Kasih Ramadhan 2017 yang berlangsung pada Mei dan Jun yang lepas.

Majlis dihadiri oleh seluruh ahli jawatankuasa Mujahid Tulus dan wakil masing-masing. Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom dan Dato' Bing Selamat Amir, ALPA YBK, turut hadir.

Diadakan dalam suasana santai, majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan pembentangan ringkas laporan SKR 2017 oleh En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK. Juruaudit dilantik daripada Norazizi Rashid & Associates turut membentangkan laporan audit SKR 2017 untuk makluman hadirin. Ini diikuti dengan ucapan daripada YBhg. Datin Hjh Hartini Osman, Pengerusi Mujahid Tulus dan ucapan daripada Dato' Pengerusi YBK. Penyampaian sijil penghargaan turut disampaikan kepada ahli jawatankuasa yang mencatatkan kutipan sumbangan tertinggi.

Pada tahun ini, sumbangan SKR 2017 telah berjaya disampaikan kepada 350 keluarga dengan jumlah nilai sumbangan sebanyak RM 210,000.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;