SERENDAH, 11 November 2017 - Sebuah kerjasama di antara Asrama Kasih YBK dan Persatuan Mahasiswa USIM Darul Quran telah dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui program “Moment To Remember”. Program ini dirancang sebagai usaha dalam menerbitkan impak dua hala diantara pelajar USIM dengan mengasah “Soft Skill” dan meningkatkan keupayaan menghafaz al-Quran untuk pelajar – pelajar Asrama Kasih YBK.

Program yang diketuai oleh saudara Ibrohim bersama 19 rakan yang lain dari jabatan pengajian yang sama iaitu Al-Quran dan As – Sunnah ini bermula sekitar jam 8.30 pagi. Program bermula dengan penyampaian ceramah oleh ustaz mohd shazwan berkaitan kepentingan membaca dan menghafaz al-Quran berdasarkan nas Al-Quran & Hadith Sahih. Selain itu beliau juga turut berkongsi kaedah dan teori menghafaz Al- Quran secara sistematik dan mudah untuk diingati.

Bagi fasa kedua program pula pelajar dibahagikan kepada 20 kumpulan kecil dimana setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang mursyid dari kalangan pelajar – pelajar Darul Quran untuk menghafaz surah As- Soff melalui teknik pengulangan yang diterapkan. Beberapa orang pelajar telah berjaya menghafaz surah as- Soff melalui teknik yang diperkenalkan dan memperdengarkan hafazan nya pada majlis penutup.

Program ini berakhir sekitar jam 12.30 tengahari dengan penutupannya dihadiri oleh pengetua Asrama Kasih Serendah, Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi. Dalam sesi penutupan pengetua telah menyampaikan ucapan amanat kepada pelajar-pelajar supaya terus berusaha dalam menjadikan diri sebagai seorang yang menghidupkan al-Quran dengan antaranya melalui hafazan. Beliau juga turut menyampaikan penghargaan kepada Persatuan Mahasiswa USIM Darul Quran kerana sudi berkolaborasi dalam program ini dan memberikan komitmen sepenuhnya. Program berakhir dengan sesi penyampaian Cenderahati daripada pihak persatuan kepada Asrama Kasih YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;