KUALA SELANGOR, 22 November 2017 - Hari ini telah berlangsung satu aktiviti Sukarelawan YBK bersama Pusat Latihan YBK (PLYBK) di Kg. Sg. Yu, Kuala Selangor. Tujuan program sehari ini adalah untuk menyiapkan pendawaian elektrik untuk kediaman En. Sabirin, iaitu salah seorang penerima Sinar Kasih Ramadhan 2017.

Program bermula pada jam 10 pagi dengan taklimat perjalanan aktiviti telah disampaikan oleh En. Zulkifli Zali, Pengetua PLYBK. Tenaga sukarelawan terdiri daripada pelajar-pelajar kursus eletrik PLYBK. Rumah ini tidak memiliki pendawaian elektrik yang sesuai dan YBK bersama PLYBK akan menyiapkan pendawaian elektrik yang lebih baik.

Ahli Dewan Negeri N09 Permatang, YB Dato' Sulaiman Razak hadir pada jam 11:30 pagi dan turut meluangkan masa meninjau program yang sedang berlangsung. Turut mengiringi, En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK; Ketua Kampung, serta pegawai-pegawai kerja. YB Dato' memberikan persetujuan untuk membiayai kos pemasangan meter elektrik untuk kediaman ini, di mana ketika ini, bekalan elektrik dibekalkan atas ihsan jiran.

Program ini selesai sepenuhnya pada sebelah petang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;