- Hit: 1314
SERENDAH, 15 Disember 2017 - Untuk peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) Asrama Kasih YBK Serendah, seramai 27 orang pelajar Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA) telah menduduki peperiksaan ini. Pencapaian terbaik PT3 tahun 2017 adalah milik 2 orang pelajar iaitu Faezah bt Taha dan Nor Syazwani bt Ahmad Sukri yang masing masing memperolehi gred 5A.
Secara keseluruhannya, Gred Purata (GPA) PT3 untuk 2017 adalah pada 2.7 mata, turun 0.3 mata berbanding tahun sebelumnya (2016 - 3.0 mata).ย Walau bagaimanapun, purata PT3 2017 (64.8%) turun 3.1% berbanding ย PT3 2016 (67.9%). Namun demikian pelajar yang sama mencatat purata UPSR 2014 (73.5%) kini menurun 8.8% dalam PT3 mereka.ย
Melihat bilangan gred A yang dicatat tahun 2017, sebanyak 58 A dicatat (22.3%) dari 270 gred untuk 27 orang pelajar berbanding tahun 2016 sebanyak 91 A dicatat (31.4%) dari 290 subjek untuk 29ย orangย