KUALA LUMPUR, 6 Januari 2018 - Program Santuni Gelandangan yang pertama untuk tahun 2018 telah diadakan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Acara mingguan sejak tahun 2014 ini diteruskan untuk tahun ini di mana YBK menyediakan sarapan pagi untuk diedarkan kepada rakan-rakan jalanan amnya. Untuk minggu pertama ini, sarapan adalah sumbangan daripada YBK.

Edaran dimulakan selepas selesai solat Subuh di mana rakan-rakan jalanan ini telah mula beratur di hadapan khemah agihan. Selepas doa dibaca, agihan dilaksanakan oleh kakitangan masjid dan YBK dan turut dibantu sukarelawan daripada Surau Al-Mukmin, Gombak. Sebanyak 200 pek makanan telah diedarkan dan minuman kopi dan teh turut disediakan. Proses edaran selesai pada jam 7 pagi.

YBK mengalu-alukan tajaan daripada orang awam untuk program ini yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Untuk pertanyaan lanjut dan menyumbang, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;