SERENDAH, 14 Januari 2018 - Program Orientasi Asrama Kasih (ASKA) YBK telah berlangsung dari 2 hingga 13 Januari 2018. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mempersiapkan pelajar baru ASKA YBK. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti 'Ice breaking' serta slot Motivasi NLP bagi tujuan menaikkan semangat pelajar serta merapatkan hubungan sesama mereka.

Program Sukaneka pada hari Sabtu (13/1/2018) dimulakan dengan acara perbarisan pagi. Acara padang dipertandingkan antaranya tarik tali, cari gula dalam tepung, isi air dalam baldi, pening lalat, boling padang, garisan terpanjang, tiupan beliung, sepak raga dan permainan 4 dalam 1.

Majlis penutupan Minggu orientasi telah diadakan pada jam 2:30 petang dengan dihadiri oleh YBhg. Datin Hartini Osman Pengerusi ASKA YBK merangkap CEO YBKU serta merangkap Pengerusi BAKA. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengerusi BAKA Datin Irine dan Setiausaha Pn. Kuyah serta beberapa orang AJK BAKA. Ybhg. Datin Hartini telah menyampaikan ucapan Motivasi kepada 162 pelajar ASKA YBK. Dalam ucapannya, beliau berkongsikan pengalaman serta memberikan suntikan semangat dengan kejayaan kejayaan yang telah dicapai oleh YBK serta ASKA. Beliau juga menyarankan agar Pengetua dan kakitangan ASKA membimbing pelajar asrama membuat rancangan masa hadapan mereka.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka serta pelajar terbaik Minggu Orientasi serta sesi bergambar. Majlis selesai pada jam 4 petang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;