KUALA LUMPUR, 20 Januari 2018 - Program Santuni Gelandangan diteruskan pada minggu ini di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. YBK menyediakan serta mengedarkan 200 pek sarapan pagi serta minuman panas buat rakan-rakan jalanan di sekitar masjid.

Pada pagi ini, kehadiran rombongan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diketuai oleh Ustaz Mohd Ajib Ismail dan Ustaz Nizam, Pengurus Baitulmal MAIWP turut meraikan rakan jalanan di sekitar masjid. Rombongan ini juga turut serta membantu mengedar pek sarapan pagi kepada semua.

Bagi sahabat-sahabat YBK yang ingin menaja atau menyumbang dalam Laman Amal ini, bolehlah berhubung dengan saudara Asuad Ismail di talian 012-617 4051 atau 03-7875 0036.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;