- Hit: 1403
KUALA LUMPUR, 27 Januari 2018 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur diteruskan minggu ini. Program setiap hari Sabtu ini menyedia serta mengedar 200 pek sarapan pagi beserta minuman panas buat rakan-rakan jalanan di sekitar masjid.
Hidangan sarapan pagi yang disediakan adalah nasi lemak telur mata. Proses edaran bermula selepas solat Subuh sehingga jam 8:00 pagi. Pada minggu ini tajaan sarapan pagi ini diterima daripada Dr. Afifah Hassan.
Terima kasih kepada penaja serta sukarelawan yang hadir membantu. Sahabat YBK dan para dermawan yang ingin turut serta menaja atau menyumbang, bolehlah berhubung dengan saudara Asuad Ismail di talian 012-617 4051 atau 03-7875 0036.