SG. LEMBING (PAHANG), 24 Februari 2018 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyumbang beg sekolah dan pakaian terpakai kepada Persatuan Kebajikan Sukarelawan & Sosial Kuantan Pahang (PERKAS) dalam satu majlis yang dinamakan Program Ziarah Kasih PERKAS. Majlis ini telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sungai Lembing bermula pada jam 10 pagi dan dihadiri oleh pemimpin dan penduduk-penduduk setempat.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Mohd Sohaimi Hj Mohamed, ADUN Sg Lembing yang juga merupakan penaung PERKAS. Turut hadir, Pn. Nor Leila Yusoff, Pengerusi PERKAS, wakil-wakil penyumbang dan NGO antaranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Amanah Raya Berhad dan YBK sendiri. Beg sekolah yang disumbangkan YBK telah dipakaikan sendiri oleh YB Dato' kepada penerima yang merupakan anak-anak penduduk setempat yang memerlukan.

PERKAS melahirkan setinggi penghargaan kepada YBK atas sumbangan yang diberikan dan bersetuju untuk meneroka kerjasama yang lebih erat dalam program pembasmian kemiskinan secara bersama.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;