SERENDAH, 3 Mac 2018 - Malam Puisi Damai 2 anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka dan Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan Kerajaan Tempatan telah disempurnakan dengan jayanya di Asrama Kasih YBK Serendah. Ini merupakan penganjuran kali ke-2 selepas penganjuran kali pertama pada tahun 2016.

Majlis yang bermula pada jam 8:30 malam turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Pengasas YBK dan isteri; YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK; Dr. Hj. A Rahim Abdullah, Presiden PENYAIR; dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Lagu Negaraku membuka majlis dan disusuli ucapan alu-aluan daripada YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, ucapan penyambut oleh Dr. Hj. A Rahim Abdullah dan ucapan perasmian oleh Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Juruacara majlis adalah Puan Norlida Parjoh dan saudara Mohd Noh Mohamad.

Para pemuisi yang berdeklamasi pada malam tersebut ialah En. Zainal Mohd Jais dengan puisi 'Kita Adalah Pewaris Yang Setia'; Dr. Ibrahim Ghaffar yang menyampai 2 buah puisi; Cikgu Ahmad Sarju (Pesan Ibu Kepada Anaknya); disusuli dengan persembahan saudari Fauziah Suhaili @ Fauziah Gambus dengan 3 buah lagu.

Sesi diteruskan dengan deklamasi sajak daripada Dr. Ahmad Razali Yusof (Ya Gaza); Dato' Dr. Radzuan Ibrahim yang menyanyikan lagu puisi ciptaan sendiri 'Raisya' dan 'Rindu'; saudari Rabiatul Adawiyah Hassan dan Nur Aina Syuhada Sofian daripada UniKL; dan persembahan daripada kumpulan Fazleena and The Lasykar.

Saudara Hashim Anang meneruskan sesi dengan membaca sajak 'Kemerdekaan Itu' karya Cikgu Ahmad Sarju; saudara Khairul Helmi Hassan Basri (Sajakku Anak Gayong) dan persembahan silat daripada Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia, disusuli deklamasi sajak 'Selembar Peta Pilihan Raya' & 'Puisi Kepada Kawan' oleh Khairul Anuar Saimun.

Pengerusi Malam Puisi Damai 2, Dato' Bing Selamat Amir menjadi deklamator terakhir dengan puisi karya beliau 'Rumah Duniaku Tak Seindah Lukisan' dan Kumpulan Cempuling Riadhah Kanchong Darat menutup majlis dengan persembahan penutup.

Majlis selesai pada jam 12 tengah malam.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;