BANDAR SUNWAY, 17 Mac 2018 - Bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, telah berlangsung Majlis Makan Malam 2017/2018 YBK-Prihatin Group yang dihadiri hampir 300 orang yang terdiri oleh staf Yayasan Basmi Kemiskinan, Asrama Kasih YBK, Pusat Latihan YBK, Akademi Kemahiran YBK, serta Prihatin Group dan anak-anak syarikat. Tema untuk makan malam kali ini adalah 'Melayu Nusantara'. Sebelum itu di sebelah paginya, telah diadakan Hari Keluarga 

Turut hadir pada malam tersebut, YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Pengasas YBK; YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK; YB Mat Nadzari Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali; YBhg. Dato' Setia Muhd Khusrin Munawi dan Dato' Bing Selamat Amir, ALPA YBK, En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK; YBhg. Datin Hartini Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin Group, dan ahli-ahli keluarga serta jemputan-jemputan khas.

Majlis bermula pada jam 8:00 malam dengan perarakan masuk dif-dif kehormat ke meja utama sambil diiringi oleh pahlawan dan hulubalang Melayu. Alunan selawat dan lagu 'Negaraku' menyusul dan hadirin mula menjamu selera sambil dihiburkan dengan lagu-lagu Melayu irama klasik. Cabutan nombor bertuah juga diselang-selikan.

YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom kemudiannya menyampaikan ucapan aluan dan disusuli dengan ucapan dan amanat daripada YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib selaku Pengasas YBK. En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif turut memberikan ucapan penghargaan dan Datin Hartini Osman, mengetuai bacaan ikrar untuk Prihatin Group selepas beliau selesai berucap. Dalam majlis yang sama juga, telah diadakan pelancaran logo baharu Prihatin Group serta pelancaran Majalah Prihatin dan buku 'Semangat Mendaki'.

Majlis dimeriahkan juga dengan pertandingan persembahan daripada kakitangan syarikat-syarikat dengan pelbagai ragam dan kreativiti. Ini disusuli dengan penyampaian beberapa anugerah seperti Anugerah Khas Sukarelawan, Anugerah Khas Media Sokongan, Anugerah Pekerja Terbaik dan Pekerja Harapan, dan Jabatan Terbaik.

Nyanyian lagu 'Aku Negaraku' menutup majlis yang selesai pada jam 11:45 malam.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

ğŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;