KG. BATU LAUT, 25 Mac 2018 - Hari ini telah diadakan Program Sukarelawan YBK bersama JASA Sepang serta JKKKP Kg Batu Laut. Pengisian program adalah kerja-kerja penggantian 50 keping zink bumbung serta gotong-royong membersihkan persekitaran rumah Encik Abas Bin Dolah.

Program khidmat komuniti ini turut dihadiri oleh Encik Anuar Basiran (Pegawai Khas Tanjung Sepat), Rohaida Misman ( Penolong JASA Selangor) serta Tn. Hj. Basharuddin (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YBK).

Semua sukarelawan yang terlibat telah memberikan komitmen terbaik sepanjang program berlangsung. Kerja-kerja yang bermula sejak pagi selesai sepenuhnya pada sebelah petang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;