SHAH ALAM, 3 April 2018 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengadakan lawatan ke SMK Taman Sri Muda bagi maksud melihat dan mempelajari cara menguruskan kumpulan muzik Angklung. Sekolah ini, melalui Kelab Angklung Wariseni, memiliki kumpulan angklung yang terkenal dan sering mengadakan persembahan di majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta.

Delegasi YBK diketuai oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, dan turut disertai oleh Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah); Pn. Farahin Iszreen (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir); Pn. Norleza Hambali dan En. Romdani Shariff daripada Akademi Kemahiran YBK Gesir, dan Dato' Ahmad Dasilah.

Taklimat berkenaan sekolah dan Kelab Angklung Wariseni telah disampaikan oleh Pn. Siti Raxkina Kulop Ahmad, guru penasihat kelab, di mana YBK difahamkan kelab ini bermula sekitar tahun 2010 sebelum berkembang sebagaimana sekarang. Pengetua sekolah, Tuan Haji Aznan Kassan turut menyampaikan ucapan aluan dan diikuti dengan ucapan oleh Tuan Haji Basharuddin.

Delegasi kemudiannya dibawa melawat tempat latihan pelajar di mana para pelajar telah mempertontonkan demonstrasi permainan angklung dengan mengalunkan beberapa lagu malar segar. Ahli delegasi turut mengambil peluang bermain angklung bersama para pelajar untuk memahami gerak lagu dan harmoninya.

Lawatan ini telah memberikan pemahaman penuh kepada YBK untuk meneruskan cadangan menubuhkan kumpulan yang serupa di Asrama Kasih YBK yang melibatkan penyertaan para pelajar. Perbincangan lanjut akan diteruskan antara YBK dan SMK Taman Sri Muda yang bersetuju membantu YBK menubuhkan kumpulan angklung sendiri.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;