- Hit: 1389
KUALA LUMPUR, 31 Mac 2018 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah dijalankan seperti biasa pada minggu ini. Program pada setiap hari Sabtu ini, menyedia serta mengedarkan 200 pek sarapan pagi berserta minuman kepada rakan-rakan jalanan di sekitar masjid.
Edaran pek sarapan pagi ini dilaksanakan setelah selesai solat subuh sehingga 8:30 pagi. Hujan yang belarutan sejak jam 4 pagi sehingga jam 8 pagi menyebabkan edaran pek sarapan agak lambat kerana rakan-rakan jalanan ini tidak dapat dikumpulkan serentak. Minggu ini tajaan pek makanan ini adalah daripada YBK.
Terima kasih kepada semua yang turut serta membantu dalam program ini. Untuk sahabat YBK yang ingin turut serta menaja atau menyumbang kepada 'Laman Amal' ini, bolehlah berhubung dengan Asuad di talian 012-617 4051 atau 03-7875 0036.